Penyanyi terkenal negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau dikenali seluruh Malaysia.
Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ ini masih kekal relevan hingga kini, dan setiap lagu baru keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Kebelakangan ini, Tokti sering dilihat menghabiskan masa dengan melakukan siaran langsung di media sosial,
Terutama di Instagram dan TikTok, ketika berada di dalam kereta
Tambahan pula, dengan anak-anaknya yang semakin membesar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka apabila tidak mempunyai komitmen kerja pada hari tersebut.
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @sitizoner telah menjadi tular dan mendapat perhatian ramai. Video tersebut kini meraih 15 ribu tontonan, 666 tanda suka, dan 20 komen.
Dalam video tersebut, Tunku Azizah mendedahkan bahawa Siti Nurhaliza hampir meninggal dunia ketika melahirkan anak sulungnya, Afiyah.
“Siti masih hidup hari ini adalah satu keajaiban. Dia tidak akan beritahu anda, tapi saya yang akan beritahu.
Siti hampir meninggal dunia ketika melahirkan Afiyah, dan semua orang perlu tahu tentang ini,” kata Tunku Azizah.
Rata-rata netizen terkejut dengan berita tersebut dan mengatakan bahawa mereka tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepada penyanyi kesayangan mereka.
BACA: Risau daging berbau hamis? Guna 2 bahan ni ‘confirm’ hilang bau