Tunang Shuib, Watie tayang barang kemas mewah. Tetapi lain pula yang menjadi perhatian netizen.
Barangkali ini yang dikatakan ‘darah manis’ sebelum berkahwin apabila tunang kepada pelawak Shuib, yang dikenali sebagai Watie sering menjadi perhatian netizen. Silap sikit, laju sahaja kaum netizen ini menjalankan tugas secara percuma tanpa mengira batas privasi.
Penampilan tunang pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah yang mengenakan busana tradisional songket mencuri tumpuan netizen di aplikasi TikTok.
Menerusi akaun @watietqtizi, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut memperagakan koleksi barangan kemas daripada sebuah jenama kedai emas dipercayai bagi tujuan promosi.
@watietqtizi 😍 #watiehanifiah #syuibwatie #fyp #masukfyp #foryou #foryoupage ♬ Ketipang Payung – Dayang Nurfaizah
Walau bagaimanapun, terdapat dalam kalangan warganet meluahkan rasa kurang senang sebaik melihat penampilan wanita berusia 35 tahun itu disebabkan gaya tudung yang singkat sehingga terdedah bahagian dadanya.
Selain memetik nama Shuib berhubung penampilan tersebut, segelintir netizen juga memberi pendapat bahawa Watie sepatutnya melabuhkan tudungnya supaya tampil lebih cantik serta sedap mata memandang.
Antara komen wargamaya:
Sebelum ini, Watie dan Shuib dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dan mengadakan majlis persandingan pada 23 Jun depan.
Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam pada 6 Mei lalu.