Semasa siaran langsung semalam, memang mata saya terpandang momen seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan dan menangis ketika Malaysia mendahului 2-1 dengan Korea Selatan.
Kita yang menonton di televisyen pun teruja dan menjerit, apatah lagi kalau berada di dalam stadium menyaksikannya.
Rupanyan ada kisah menarik di sebalik wajah Derrick Gan dari Melaka ini.
Beliau sanggup menjual motosikal dengan harga RM4500 pada bulan Disember lalu demi ingin turut serta menonton Piala Asia di Qatar.
Kenapa menonton bolasepak begitu penting bagi beliau ?
Boleh saja menonton siaran langsung seperti kebanyakan dari kita.
Tambahan beliau berbangsa cina yang kalau di Malaysia amat jarang beraksi sebagai pemain bola sepak pula.
Pada saya ia lambang semangat kesukanan dan patriotik yang sangat tinggi.
Beliau ingin menyumbang sokongan dan sorakan di stadium walaupun dari awal tidak ramai memberi harapan kepada pasukan Harimau Malaya.
Saya tabik hormat kepada beliau balik nanti saya akan cuba belanja dia burger GTR yang termahal sekali nanti, A5 Jepun!
Kredit: Nordin Mat – Pendiri GTR Burger
Baca:
Cikgu kecewa hampir satu kelas dapat markah kosong, tapi cita-cita mereka mengejutkan
‘Jangan guna alasan ada kad OKU pulak’ – Pemandu biadap halang ambulans dicari
Pemandu bas gaji hampir RM18,000, ribuan mohon tapi hanya yang kosong ini saja