Realtime website trackingweb stats

Tular Individu lepas ribuan anak ikan keli ke sungai cetus amarah warga maya

Oleh HADI KAMARUDIN

Tular tindakan beberapa individu melepaskan ribuan anak ikan yang dipercayai berada di bawah senarai spesies larangan ke sungai sehingga menimbulkan kemarahan warganet.

Kejadian yang difahamkan berlaku di Sungai Hulu Bernam, Tanjung Malim, Perak itu tersebar selepas ia dikongsikan di sebuah Kumpulan Facebook, TaNjOnG MaLiM KiNi group pada Ahad.

“Pelepasan 10,000 anak ikan keli di Sungai Hulu Bernam,” tulis hantaran yang dibuat oleh CCTV TG MALIM dalam kumpulan tersebut.

Berdasarkan klip tersebut, selonggok plastik dipercayai berisi anak ikan keli dilihat berada di tepi sungai.

Pada masa yang sama, dalam salah satu video yang dikongsikan, memaparkan seorang lelaki sedang melepaskan isi dari dalam plastik tersebut ke dalam sungai itu.

Tular Individu lepas ribuan anak ikan keli ke sungai cetus amarah warga maya

Menerusi foto yang dimuat naik, terdapat sekurang-kurangnya dua lelaki dewasa dilihat berada di lokasi berkenaan.

Perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan itu berpotensi merosakkan ekosistem sungai terbabit.

“Belajar lah sikit tentang ekosistem ini, tentang hidupan asal, ini main tuang sahaja. Ikan yang dilepaskan adalah spesies keli Afrika, keli yang kita buat lele penyet dan salai itu lah. Jenis spesies penceroboh dan tahan lasak serta cepat membiak.

“Ia membahayakan kepada spesies ikan asal, dan Sungai Hulu Bernam ini juga ada program pelepasan benih udang galah secara berjadual. Jadi apa guna buat pelepasan benih udang galah berjadual kalau nelayan sungai tak sempat merasa?”

“Masalah ini akan memberi kesan besar pada nelayan sungai sekitar dan ke hilir,” tulis apaiothmn di laman X.

Ujarnya, pada masa ini, terdapat banyak spesies ikan larang yang didakwa hidup dan membiak di sungai utama di semenanjung.

Antara yang paling banyak menurutnya ialah ikan baung ekor merah atau ikan keli ekor merah dan ikan peacock bass.

“Betul, memang banyak dah taburan ikan pendatang kat negara kita tapi masih boleh dikawal sebenarnya, janganlah sampai jadi macam negara-negara besar yang mula terpaksa berbelanja bukan setakat juta malah ada sampai bilion dolar hanya untuk mengawal pembiakan,” tulis apaiothmn lagi.

Pada waktu ini, terdapat sekurang-kurangnya kira-kira 26 spesies ikan dilarang dilepaskan ke perairan umum yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan (DOF).

Baca:

Lepas Adira, Datuk Red kini lepaskan isteri pertama dengan talak satu

Terpaksa tidur lokap gara-gara tak bawa ‘barang penting’, pemuda kongsi pengalaman digari polis

Didakwa jalin kerjasama dengan produk pro Israel, Daiyan Trisha dedah bukti untuk bersihkan diri