Realtime website trackingweb stats

‘Tuang’ lebih RM1,300 ke dalam terusan, tindakan pelik warga emas ini tidak patut dicontohi

Oleh NURAIMAN

Ibarat ‘tuang’ duit lebih RM1,300 ke dalam air, itulah dilakukan seorang warga emas di Singapura menerusi video yang dikongsinya.

Dia mulanya mengeluarkan lebih SGD$400 (RM1,373) untuk membeli kira-kira 30 ekor ikan hidup dari sebuah pasar raya.

Lapor portal berita Mothership, Lu , 62, kemudiannya melepaskan kesemua ikan itu pada pagi 21 September lalu ke dalam terusan berdekatan Ghim Moh Link.

Sebelum itu, seorang pekerja dari Sheng Siong berkata, warga tua berkenaan membeli semua ikan hidup di pasar raya itu.

'Tuang' lebih RM1,300 ke dalam terusan, tindakan pelik warga emas ini tidak patut dicontohi

Lelaki tersebut membeli lebih 30 ekor ikan termasuk sekurang-kurangnya 10 ikan siakap dan tilapia merah berharga lebih SGD$400.

Jelas pekerja itu, rakan sekerjanya membantu lelaki tua tersebut mengangkut ikan yang dibeli.

Sejurus mereka sampai ke terusan, barulah rakan sekerjanya menyedari bahawa lelaki berkenaan mahu melepaskan ikan ke dalam air.

Menerusi video yang tular, lelaki itu dilihat membawa kotak styrofoam dan berjalan menuruni anak tangga sebelum menuang ikan hidup ke dalam terusan.

Tindakan lelaki itu melepaskan ikan ke dalam air walaupun nampak baik tetapi tidak patut dicontohi.

Perbuatan membuang ikan ke sungai mendedahkan risiko ancaman ekosistem sumber air tempatan lantaran spesies penceroboh akan mengakibatkan kepupusan terhadap spesies tempatan.

Baca:

Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia

Anak baru keluar 3 bulan, isteri bagitahu mengandung lagi, reaksi suami buat netizen terhibur

Ibu berang perangai anaknya, rupanya ini punca ramai murid mabuk hingga tertidur di kelas