Realtime website trackingweb stats

Trending punten tradisi jawa, harga pun dah mahal, rupanya tak susah nak buat

Oleh ADINDA

Terkenal dalam kalangan orang Jawa, Punten ialah sejenis makanan tradisi masyarakat Jawa yang biasa dimakan pada waktu pagi dan petang.

Sajian ini juga difahamkan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya di daerah Sabak Bernam.

Rupanya seakan nasi impit namun sedikit berbeza kerana rasanya lebih berlemak kerana nasi itu sendiri dimasak menggunakan santan dan garam.

Trending punten tradisi jawa, harga pun dah mahal, rupanya tak susah nak buat

Jom cuba resipi ini untuk dijamu kepada ahli keluarga. Selamat mencuba!

Bahan Punten:

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Basuh beras kemudian masukkan air, santan dan garam. Kacau seketika.

2. Masak nasi hingga kering kemudian tanak nasi punten selama lebih kurang 1-2jam.

3. Apabila nasi sudah masak, tumbuk nasi tersebut ketika masih panas dan boleh dibentuk menjadi bentuk lonjong menggunakan senduk.

Bahan sambal bilis

  • 20 biji cili api
  • 3 biji bawang besar – kisar
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • Sedikit belacan
  • 2 genggam ikan bilik
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
2. Masukkan cili dan belacan dan tumis hingga garing.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak hingga pekat.
4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga betul-betul pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama Punten.

Sumber: Suhana Mohd Khalid

Baca:

Apa yang best sangat ada dalam Menara Merdeka 118? Ini fakta unik dan tempat menarik yang wajib dikunjungi

Tiga negeri dah kena ketukan misteri, sekarang giliran Perlis, mungkin suruh solat tahajud

Betul ke bahaya makan tempe dibalut daun pisang, tempe dalam plastik lagi selamat?