Realtime website trackingweb stats

Trend NPC pakai kostum The Nun ini memeranjatkan, reaksi Acap pula menghiburkan

Oleh NURAIMAN

Elok Allah dah jadikan diri itu manusia tetapi jadi trend remaja pula zaman sekarang buat ‘live’ jadi macam robot atau dipanggil non-player character (NPC).

Tiga gadis Melayu buat NPC di TikTok Live dengan berpakaian dan bersolek mengikut watak pelakon filem seram The Nun memeranjatkan orang ramai.

Tidak terkecuali seorang pemuda dikenali sebagai Acap apabila reaksinya dilihat menghiburkan.

Acap antara lain mempersoalkan mengapa tiga remaja terbabit seperti marah-marah sepanjang beraksi NPC walaupun pengikut memberikan mereka ‘gift’.

“Eh, ni dah kenapa tak berhenti ni? Tak penat ke?

“The Nun ke gila ni?

“Angguk angguk geleng geleng…

“Takkan orang bagi ‘gift’ pun nak marah,” katanya berseloroh.

Menerusi klip video di aplikasi TikTok yang tular itu, kesemua remaja berkenaan tampil dalam karakter seram sambil konsisten menggerakkan badan mereka ke kiri kanan.

Menariknya, setiap kali menerima ‘gift’ mereka secara serentak menyebut ungkapan tertentu mengikut hadiah yang diberi pengikut.

Baca:

Khairul Aming dedah kenapa tiada aset rumah, kecuali sebuah kereta bezza, buat ramai terinspirasi

Lebih sejuta rakyat Malaysia tak bertegur langsung dengan jiran sebelah dalam tempoh sebulan, rupanya ini antara puncanya

Terkejut dengar pengakuan Yusof Haslam pasal Putri Sarah, mentang-mentang dah janda, sebut live pulak tu