Realtime website trackingweb stats

Tol ‘free’ 8 & 9 April sempena Aidilfitri

Oleh ABDULLAH HAMID

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian tol percuma kepada kenderaan kelas satu (persendirian) selama dua hari pada 8 dan 9 April 2024 dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 10 April ini.

Pengecualian tol ini akan berlaku di semua plaza tol di seluruh negara yang terlibat dengan lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya KL-Karak di Tol Gombak, serta Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Namun, pengecualian ini tidak termasuk di sempadan negara seperti Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Individu dedah kenapa harga makanan di bazar Johor Bahru cekik darah

“Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya utama seluruh negara bermula pada jam 12.01 tengah malam 8 April dan akan berakhir pada jam 11.59 malam 9 April ini.

“Tol percuma ini membabitkan bayaran pampasan berjumlah RM37.6 juta.,” ulas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nantha Linggi.

Beliau berkata kepada wartawan semasa sesi media di Rumah Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) petang semalam.

Juga turut hadir semasa sesi media tersebut, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Dr. Sazali Harun.

Mereka mengatakan bahawa keputusan itu telah dibuat semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari yang lalu, sejajar dengan aspirasi kerajaan Perpaduan Madani untuk memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat serta membantu mengurangkan beban kos hidup mereka.

Sebelum ini, Alexander menghabiskan masa untuk melawat kemudahan-kemudahan di R&R Seremban (ke arah selatan) yang telah diperbaharui dengan kos berjumlah RM45 juta.

Dia berpendapat bahawa kawasan rehat dan rawat telah ditingkatkan dengan reka bentuk bangunan yang mesra alam serta menggunakan tenaga solar untuk menghasilkan tenaga, termasuk kemudahan tempat letak kereta yang selesa dan luas bagi memastikan keselesaan pengguna lebuh raya itu.

Baca:

Ingat drama Cili Padi? Ini keadaan terkini Jaafar Onn, sama-sama kita doakan

Air balang dengan harga RM1 ‘licin’ setiap hari

‘Misteri’ parcel hilang dah tahu punca, ini sebabnya mak bapak diminta libas anak pakai ‘hanger’