Realtime website trackingweb stats

Tokoh Maulidur Rasul sihat walau sudah 80 tahun, ini 10 fakta hebat Prof Datuk Dr Syed Othman Al-Habshi

Oleh FATIN AQILAH

Tokoh ekonomi dan kewangan Islam, Prof Datuk Dr Syed Othman Al-Habshi telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1445 Hijrah/2023 Masihi.

Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445H/2023 pada 28 September lalu, penasihat syariah dan ekonomi itu menerima hadiah berupa wang tunai, pingat, sijil penghargaan, dan jongkong emas.

Ketahui 10 fakta hebat tokoh yang merendah diri ini di sebalik banyaknya sumbangan beliau dalam perkembangan awal beberapa universiti awam dan kemajuan bidang ekonomi dan institusi kewangan Islam:

Tokoh Maulidur Rasul sihat walau sudah 80 tahun, ini 10 fakta hebat Prof Datuk Dr Syed Othman Al-Habshi

1. Tampil cergas walaupun sudah berusia 80 tahun dengan sentiasa mengukir senyuman apabila bercakap.

2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam Statistik dari Universiti Malaya (1969), Sarjana Statistik dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat (1973) dan doktor falsafah (PhD) dalam Econometrics dari University of Birmingham, United Kingdom (1983).

3. Anak kelahiran Peringgit, Melaka ini bermula dalam dunia kerjaya sebagai guru.

4. Bermula tahun 1969 di Universiti Malaya (UM) dan setahun selepas itu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau bergelar pensyarah sehingga berkecimpung dalam dunia akademik lebih 40 tahun.

5. Beliau adalah dekan pertama Kuliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malayisia (UIAM) dan pada 1987 dipindahkan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ketika itu baharu ditubuhkan.

6. Ada sahaja institusi yang baharu ditubuhkan, di situlah Dr Syed Othman Al-Habshi ditempatkan apabila beliau seterusnya bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang didirikan pada 1992.

7. Beliau kemudiannya menjawat Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif pada 1997 di universiti maya pertama, UNITAR selama tujuh tahun.

8. Dr Syed Othman berkhidmat dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM) antara 1987 hingga 1996 serta pernah menganggotai Badan Perundingan Islam, Jabatan Perdana Menteri (1983 hingga 1994) dalam menasihati Perdana Menteri berkaitan Islam.

9. Beliau menduduki banyak panel syariah bagi sejumlah bank antaranya, Ahli Jawatankuasa Syariah pertama untuk Bank Rakyat Malaysia (1996 hingga 2003), Pengerusi Jawatankuasa Syariah Malaysian Reinsurance Bhd (2000 hingga 2010), Amanah Saham Singapura (2008 hingga 2018) serta Ahli Jawatankuasa Syariah untuk Etiqa Takaful (2010 – 2014).

10. Dr Syed Othman juga Mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Syariah Labuan Reinsurance (L) Ltd sejak 2000 serta menjadi Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Prudential BSN Takaful Berhad sejak 2017.

Baca:

Kenali semut ‘kamikaze’ letupkan diri sendiri, saiz rahang 4 kali lebih besar, hanya ada di Malaysia dan Brunei

Jiran selamba buat kelas senaman di laluan masuk rumah, ini ‘ubat’ dia yang pentingkan diri

Tak perlu rimas lagi dengan rumput keliling rumah, ini cara paling mudah guna garam saja