Realtime website trackingweb stats

TMJ dedah carta organisasi baharu FAM raih perhatian ramai

Oleh HADI KAMARUDIN

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor,

Baru-baru ini berkongsi struktur baharu yang dirancang untuk digunakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Melalui perkongsian di Instagram Story, Tunku Ismail memperlihatkan struktur organisasi yang mengandungi

Beberapa jawatan penting seperti Ketua Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi, dan Ketua Prestasi.

Selain itu, jawatan lain seperti Penasihat Sukan dan Bola Sepak Antarabangsa serta Penganalisis Prestasi turut termasuk dalam struktur tersebut.

TMJ dedah carta organisasi baharu FAM raih perhatian ramai

Perkongsian ini mencetuskan spekulasi bahawa Tunku Ismail mungkin kembali terlibat secara langsung dalam menguruskan badan induk bola sepak negara.

Sebagai rekod, Tunku Ismail pernah menjawat jawatan sebagai Presiden FAM untuk penggal 2017-2021 sebelum melepaskan jawatan tersebut setahun kemudian.

FAM kini berdepan kritikan hebat daripada peminat bola sepak tempatan, terutama selepas ketua jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon, meletak jawatan dan pulang ke negaranya.

Pasukan Harimau Malaya gagal melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, sekaligus terlepas peluang untuk bersaing di temasya yang akan diadakan di Amerika Utara.

Skuad kebangsaan kini memberi tumpuan kepada kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Sebelum itu, pasukan kendalian Pau Marti akan beraksi dalam Piala AFF Mitsubishi Electric 2024, yang dijadualkan berlangsung dari Disember tahun ini hingga Januari 2024.

BACA: Ini ciri teknologi canggih yang terdapat pada kad pengenalan model baharu