Bas merupakan satu daripada cara pengangkutan awam yang popular untuk melakukan perjalanan jauh atau melancong kerana harganya yang berpatutan dan mampu untuk dibeli.
Ramai yang sering bertanya tentang persediaan apa yang perlu dibuat ketika menggunakan bas supaya perjalanan lebih selamat dan selesa.
Oleh itu, Tiketux telah mengumpulkan 8 tips untuk anda yang ingin menggunakan bas untuk perjalanan awam anda.
Tips naik bas supaya perjalanan anda selesa
1. Tetapkan Bas dan Jadual yang Tepat
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda telah menetapkan jadual bertolak dan memilih syarikat bas yang sesuai dengan keperluan anda.
2. Bawa Barang yang Diperlukan Sahaja
Untuk mengelakkan kesulitan semasa dalam perjalanan dengan bas, lebih baik anda menentukan barang-barang yang perlu dibawa. janganlah bawa barang berlebihan yang boleh mengganggu keselesaan diri anda semasa menaiki bas.
3. Jaga Barang-Barang Penting
Semasa dalam bas, penting untuk sentiasa peka terhadap barang-barang peribadi yang penting seperti dompet atau telefon bimbit. Jangan letakkan di tempat yang mudah dilihat orang lain.
4. Pakai Pakaian yang Selesa
Pakailah pakaian yang membuatkan anda berasa selesa di dalam bas. Terutamanya semasa perjalanan jauh, lebih baik bawa jaket atau baju yang tebal kerana di dalam bas agak sejuk.
5. Bawa Bekalan Makanan Ringan dan Air Minuman
Sediakan beberapa makanan ringan supaya tidak lapar semasa perjalanan jauh dan jangan lupa air mineral supaya tidak terlalu dahaga dan terus kekal terhidrasi.
6. Bawa Bantal untuk Leher
Walaupun kelihatan remeh, perkara ini boleh menjadi sangat penting jika anda membuat perjalanan yang jauh.
Biasanya, perjalanan jauh boleh menyebabkan kekejangan dan sakit leher kerana tiada sokongan seperti bantal leher.
7. Duduk di Tempat yang Selesa
Duduklah di tempat yang selesa dengan pilihan anda. Jika anda mudah mual semasa perjalanan, lebih baik duduk di dekat tingkap.
Jika perjalanan anda tidak terlalu jauh, duduk di hadapan akan lebih baik agar tidak kesulitan apabila hendak keluar dari bas.
8. Sediakan Earphone atau Headphone
Untuk mengelakkan rasa bosan semasa perjalanan jauh, earphone atau headphone adalah sangat berguna jika anda ingin mendengar muzik atau menonton filem semasa berada di dalam bas.
Itulah beberapa tip yang boleh membantu perjalanan pertama anda menggunakan bas agar lebih selesa dan selamat.
Semoga bermanfaat!
Beli tiket bas lebih mudah di Tiketux
Untuk anda yang mencari tiket bas atau perjalanan, sekarang anda boleh membuat tempahan secara online dari Tiketux.
Dengan harga yang berpatutan, anda boleh memilih laluan perjalanan, memeriksa jadual perjalanan yang sedia ada, dan memilih tempat duduk yang diingini.
Baca:
JAWI tegas pertahan tangkapan khalwat Aliff Aziz & Ruhainies bukan gimik promosi selebriti
Ulat ‘bersarang’ dalam kurma, pelanggan persoal kualiti kebersihan syarikat pengeluar
Patutlah kereta tersidai di pam petrol rupanya…, ‘spesis’ begini kena tahu apa orang lain kata