Selalunya, kebanyakan daripada kita akan mencampakkan semua biji betik dengan harapan nasiblah mana yang boleh keluarkan buah.
Rupa-rupanya ada cara semai anak betik yang betul seperti dikongsikan Puan Juraida Hamzah.
Ini tip daripada beliau:
“Cara saya nak semai anak betik, biji yang hitam. Yang kurang hitam, diasingkan. Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan disemai.
“Itu biji betik yang akan mengeluarkan buah yang betina. Yang berwarna pudar hitam tu pokok betik jantan, tak akan mengeluarkan buah, hanya bunga sahaja”.
Walaupun begitu, ada yang berpendapat yang berwarna pudar hitam itu iaitu pokok betik jantan, elok juga ditanam kerana bunganya sedap dibuat kerabu dan ulam.
Baca:
Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari
Netizen mengeluh martabak mahal, rupanya ini puncanya
Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies