Realtime website trackingweb stats

Tindakan ibu Aliff Syukri cerita keburukan produk ini raih pujian netizen

Oleh ADINDA

Jika korang kenal dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, mesti korang kenal juga dengan bondanya, Bonda Rozita, kan?

Kedua-dua nama ni bukanlah baru dalam dunia perniagaan dan dah banyak berjaya jualan produk mereka.

Tapi, tak semua produk tu betul-betul bagus dan boleh selesaikan masalah kita sepenuhnya, betul tak?

Tindakan ibu Aliff Syukri cerita keburukan produk ini raih pujian netizen

Semuanya perlukan usaha dan juga tawakal.

Baru-baru ni, ada video viral yang tunjukkan Bonda Rozita bercakap tentang kelemahan pada salah satu produknya.

Dia jujur mengaku ada kekurangan pada produknya.

Melalui video tu, ada orang kongsi klip Bonda Rozita sedang menerangkan tentang salah satu produknya.

Dia kata produk tu memang berkesan untuk wanita, tapi ada kelemahan jugak.

“Belilah produk saya Royal V tetapi berhati-hatilah, kenapa di sebalik kelebihan produk ini terdapat kekurangan.

“Kenapa kekurangan, pertama sekali produk ini memang sangat berkesan termasuk kurma dhuha. Tetapi keburukan dia, dia punya nafsu tinggi Masya-Allah. Kurangkan dos, jangan taksub sangat makan produk saya,” katanya.

“Part nafsu tu betul ya” – Netizen

Dalam masa yang sama, semakan di bahagian komen mendapati pengguna internet juga memberikan pelbagai respons selepas menontonnya.

Terdapat juga yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk tersebut.

Pada masa penulisan artikel ini, video tersebut telah mendapat 1.5 juta tontonan, 50.2 ribu suka, dan 752 komen di TikTok.

Berikut adalah beberapa komen daripada pengguna TikTok:

@puan.zai Untuk anak dara yang amalkan royal v. Dengar tau bonda pesan. masuk live boleh tanya sukatan yang sebaiknya. Jangan berlebihan tau #royalv #bondarozita #fyp ♬ original sound – zai – Jrm Holistik Zai

Baca:

Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda

Amalan orang dulu – dulu, ketahui kebaikkan minum air rebusan daun pandan

Roti telur menu sarapan keluarga, sekejap je confirm habis