Realtime website trackingweb stats

‘Time bayar wajib, time agihan bantuan..Nah jari tengah!’ Sekali jawapan Lembaga Zakat Selangor buat netizen puas hati

Oleh HADI KAMARUDIN

Semua umat Islam yang mampu diwajibkan untuk mengeluarkan zakat kepada lapan golongan (asnaf) yang berhak menerimanya.

Di Malaysia, terdapat banyak badan yang memudahkan urusan pengurusan dan pengagihan zakat, termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Namun, pengagihan zakat tidak semudah itu sahaja. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar bantuan zakat dapat diberikan kepada asnaf yang benar-benar layak.

Baru-baru ini, seorang pengguna X.com telah mengecam dan membuat tohmahan terhadap LZS.

'Time bayar wajib, time agihan bantuan..Nah jari tengah!' Sekali jawapan Lembaga Zakat Selangor buat netizen puas hati

Individu tersebut mendakwa bahawa LZS sengaja menyukarkan agihan bantuan kepada asnaf dengan membuat penilaian.

“Waktu bayar wajib. Tapi bila sampai waktu agihan bantuan ke asnaf, perlu ada penilaian. Nah jari **,” kata individu terbabit.

“Waktu bayar adalah seruan dari Allah S.W.T. Manakala bahagian agihan adalah amanah yang kami kena pikul. Kami tidak boleh sembarangan mengagih kepada yang bukan haknya. Nanti para pengeluar zakat akan marah.

“Nah 10 jari dan tapak tangan mendoakan kebaikan buat tuan dan keluarga,” jawab LZS.

Jawapan tersebut ternyata telah memenangi hati warganet. Ramai yang memuji Lembaga Zakat Selangor kerana menangani isu tersebut dengan penuh positif.

BACA: Akhirnya anak Tun M istihar harta pada SPRM, ini nilai harta menurut portal MalaysiaToday