Realtime website trackingweb stats

Tiga hari hilang, akhirnya anggota badan warga emas ditemui terpisah dalam perut buaya jantan seberat 800kg

Oleh ADINDA

Tiga hari hilang, akhirnya anggota badan warga emas ditemui terpisah dalam perut buaya jantan seberat 800kg. Seorang warga emas yang juga seorang nelayan yang dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu akhirnya ditemui dalam perut seekor buaya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau, Sabah.

Mayat warga emas dikenali Addi Bangsa, 60, ditemukan selepas perut reptilia tersebut dibelah oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Semua anggota badan ada dalam perut buaya!

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa disyaki dibaham buaya jantan selepas dilaporkan hilang dan ditemui pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pada hari keempat, pihak kami dimaklumkan bahawa JHL telah menemui seekor buaya jantan yang dipercayai membaham mangsa dan haiwan itu ditembak kira-kira jam 3 pagi Ahad.

“Perut buaya itu kemudian dibelah sekitar jam 9 pagi sebaik ahli keluarga tiba. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat semua anggota badan berada di dalam perut haiwan itu namun dalam keadaan terpisah dan ahli keluarga telah mengesahkan mangsa,” katanya.

Jemishin berkata, buaya jantan yang ditembak mati oleh JHL itu mempunyai berat kira-kira 800 kilogram dan memiliki panjang melebihi empat meter.

Sebaik sahaja mayat mangsa ditemui di dalam perut haiwan itu, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 11 pagi.

Salam takziah

Berita duka tersebut mendapat perhatian ramai dan mereka mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat

Baca:

Takut kantoi waktu dating, wanita ini sanggup potong bekalan elektrik, satu kampung bergelap

Kerajaan umum pemberian e-tunai RM100, hampir semua orang dapat

Dua remaja lelaki jadi pemuas nafsu, siapa sangka ini rupanya perincian aksi jelek PU Azman