Adakah bulu kucing dianggap najis apabila terkena pada pakaian solat? Jangan keliru kerana ai melibatkan ibadat kita.
Secara umumnya, bulu kucing yang terkena atau melekat pada pakaian solat adalah tidak najis. Perkara ini dikuatkan dengan perbuatan Abdul Rahman ibn Sahr yang dikenali sebagai sahabat Nabi SAW yang sangat menyayangi kucing sehingga dia digelar dengan nama Abu Hurairah yang sentiasa mendampingi kucing untuk bermain-main dengannya dan ada kalanya kucing itu masuk ke dalam jubahnya yang besar.
Ini menunjukkan bermain dengan kucing sehingga menyebabkan bulu-bulunya melekat pada pakaian tidak akan menyebabkan ia bernajis.
Namun, jika didapati najis pada bulu kucing secara jelas dan nyata, maka pakaian yang terkena bulu itu dikira sebagai najis dan solat dengan pakaian berkenaan adalah tidak sah.
Tonton:
Join telegram channel:
Baca:
Ubati Demam Anak Menggunakan Ayat Al-Quran