Realtime website trackingweb stats

Tesla sebenarnya buka ibu pejabat bukan kilang, ini 11 fakta wajib tahu elak salah faham

Oleh FATIN AQILAH

Heboh di media sosial apabila ada yang mempersoal di mana kilang Tesla Inc dibina di negara ini sehingga melarat kepada menyerang Perdana Menteri dan menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.

Padahal, syarikat pengeluar kereta elektrik (EV) terkenal itu awal-awal lagi sudah dilaporkan media membuka ibu pejabatnya dan pusat perkhidmatannya yang tercanggih di Selangor tidak jauh dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.

Ini 11 fakta wajib tahu untuk elak salah faham supaya tidaklah anda pula menjadi bahan kecaman warganet di media sosial:

Tesla sebenarnya buka ibu pejabat bukan kilang, ini 11 fakta wajib tahu elak salah faham

1. Tesla Inc bersetuju menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta elektrik (EV) di rantau ini.

2. Kerjasama kerajaan Malaysia dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini.

3. Pembukaan ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya adalah antara pelaburan Musk secara besar-besaran di Malaysia.

4. Musk juga bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan melibatkan syarikat SpaceX (miliknya) dalam perkhidmatan satelit Starlink serta kenderaan elektrik (EV).

5. Stesen pengecas EV pertama iaitu stesen ‘supercharging’ Tesla dilancarkan di Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya 50 stesen pengecasan akan dibina di seluruh negara.

6. Sembilan lokasi stesen pengecasan telah dikenal pasti termasuk di Bukit Jalil, Petaling Jaya dan Dengkil manakala di luar Lembah Klang adalah di Ipoh, Perak; Perai, Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan; dan Iskandar Puteri, Johor, dua lagi lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.

7. Tesla juga merancang untuk mempunyai stesen pengecasan di kawasan terbuka selain tertumpu di bandar-bandar besar dan pusat beli-belah.

8. Banyak syarikat di Malaysia terlibat dalam rantaian bekalan membina stesen pengecas Tesla memandangkan negara ini kukuh ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) dalam perniagaan semikonduktor yang merupakan komponen utama dalam pembuatan kereta EV.

9. Pulangan modal dalam pelaburan dalam stesen pengecasan berdasarkan persekitaran semasa dijangka berlaku dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

10. Kerajaan menyasarkan untuk mempunyai 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang tahun 2025 terdiri daripada 9,000 unit jenis arus ulang alik (AC) dan 1,000 unit jenis arus terus (DC).

11. Malaysia menyasarkan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) disumbangkan oleh EV dan kenderaan hibrid menjelang 2030 dan 38 peratus daripada TIV menjelang 2040.

Baca:

Profil pelakon cantik Amelia Henderson ramai tak tahu, rupanya pernah jadi kerabat

Pendera budak bukan saja pengasuh, mengejutkan rupanya ada 1,504 kes ibu bapa dera anak sendiri

Tak elok biar ‘unta’ hadiri Maulidur Rasul, ini 6 sebab mengapa sekolah mesti hentikan trend merepek