Dilihat teruja mahu makan nasi lemak, aksi spontan seorang juri Masterchef Australia musim ke-14 ini mengejutkan sekaligus meraih pujian rakyat Malaysia.
Andy Allen memutuskan untuk makan menggunakan tangannya ketika peserta kelahiran Kuala Lumpur, Alvin Quah, menghidangkan nasi lemak sebagai hidangan dalam rancangan televisyen pertandingan memasak itu.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @auntieshopee_ , para juri dilihat terlebih dahulu berbual dengan Alvin semasa dia menyediakan nasi lemak.
“Masak apa?” tanya seorang juri
“Nasi lemak. Jika saya makan ini, saya rasa seperti duduk di tepi jalan raya menikmatinya dengan kopi Malaysia.
“Di sini ada rendang daging dan saya juga sudah pun menyiapkan nasi lemak dengan ada sedikit kacang tanah dan ikan bilis. Saya juga ada jeruk timun dan hanya menunggu telur rebus untuk masak.
“Dan jika saya boleh menyuruh kamu makan (nasi lemak) dengan tangan kamu, saya akan melakukannya,” kata Alvin kepada dua juri.
Klip seterusnya menunjukkan juri-juri disajikan dengan nasi lemak untuk sesi merasa dan penilaian mereka, di mana hakim Andy Allen boleh dilihat serta-merta mengaul nasi lemak dengan tangannya dan makan.
“Memang sedap,” kata Andy sambil terus makan dengan tangannya manakala juri lain hanya memandangnya.
Pada ketika itu, jelas bahawa hanya ada satu perkara di fikiran Andy iaitu nasi lemak.
Rata-rata netizen memuji juri berkenaan yang menikmati nasi lemak menggunakan tangan.
“Mat Saleh makan nasi lemak guna (tangan), hebat.
“Suka tengok orang putih makan nasi guna (tangan) walaupun nampak kekok. Terima kasih sebab suka dengan nasi lemak,” demikian antara komentar warga maya.
@worldofbuzz The judge booked a flight to Malaysia that very night 👀😉 #masterchef #masterchefaustralia #nasilemak #nasilemakaustralia #worldofbuzz #wob #wobnews 📹 @auntieshopee_ ♬ original sound – WORLD OF BUZZ
Baca:
Hati-hati! Rupanya duit RM100 e-dompet Madani tak boleh diguna untuk 10 perkara ini
Bebas penjara kerana berat badan cecah 200 kg, keluarga mangsa marah keputusan mahkamah