Realtime website trackingweb stats

Tersenyum dapat kunci Toyota Alphard, ramai teruja dengan ‘kejayaan’ Mohd Amar, takkan nak pakai Viva

Oleh AHMAD ISMAIL

Foto yang memaparkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menerima kunci kereta baharu Toyota Alphard SC rupanya buat ramai teruja.

Terpampang jelas nombor pendaftaran kereta itu, PAS353, rata-rata meninggalkan komentar sinikal terhadap bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu.

Mana tidaknya, Mohd Amar sebelum ini sohor di media sosial ekoran siri kenyataannya yang memang mengundang kecaman antaranya membabitkan isu bekalan air bersih di Kelantan.

Menerusi foto dimuatnaik ejen Edaran Tanamera (ETM), Shahir Abd Ghani di Facebook, Naib Presiden Pas berkenaan kelihatan tersenyum memegang replika kunci kenderaan mewah itu.

“Alhamdulillah, syukur selesai deliver kepada Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Nik Amar, Toyota Alphard SC. Terima kasih memilih ETM exclusive cars,” tulis Shahir.

Ekoran itu, netizen mula ‘menyakat’ pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan yang pernah berkata, air bukan isu besar di Kelantan kerana masyarakat di negeri tersebut boleh gali sendiri telaga.

“Takkan nak pakai Viva,” antara komen netizen paling banyak disebut yang memetik kenyataan Mohd Amar ketika menjawab kritikan terhadap tindakan kerajaan negeri Kelantan tiga tahun lalu.

Pada 2020, kerajaan negeri itu membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kegunaan menteri besar, timbalan menteri besar, barisan exco negeri dan setiausaha kerajaan negeri.

Ramai juga secara sinis ‘membetulkan’ nombor plat kenderaan kelas kayangan itu yang sepatutnya ‘355’.

Angka itu merujuk kepada Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

“Padu nombor plat.

“Zuhud sungguh.

“Alhamdulillah, Takkan nak naik unta,” demikian antara sindiran orang ramai di media sosial.

Baca:

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap

Sering bermimpi perkara-perkara sebegini, badan anda mungkin dihuni jin atau saka

Jambatan Marang payah nak bina, tapak bekas IPD berhantu angkara bomoh, seram dengar cerita pesara tentera ini