Realtime website trackingweb stats

Terpijak tahi cicak batal wuduk? Ini penjelasan terperinci Dr. Zulkifli bekas Mufti Wilayah

Oleh AHMAD ISMAIL

Ramai yang masih belum mengetahui apakah terkena tahi cicak boleh membatalkan air sembahyang atau tidak.

Terkadang tanpa kita sedar, kita mungkin terpijak tahi cicak apatah lagi jika kita dalam keadaan bersedia atau sedang solat.

Sebenarnya, terkena atau terpijak tahi cicak atau najis-najis lain tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk atau air sembahyang.

Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui huraian di Maktabah Al-Bakri pada hari Isnin lalu.

Menurut beliau, wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal, dan individu tersebut tidak perlu mengulanginya.

Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mendirikan solat, adalah penting untuk memastikan bahawa pakaian atau tempat yang terkena najis dibersihkan terlebih dahulu sebelum solat.

Ini adalah kerana salah satu syarat sah solat adalah kebersihan dari najis pada badan, pakaian, dan tempat solat.

Beliau menjawab soalan dari individu yang baru-baru ini melihat video yang menyebutkan bahawa terpijak tahi cicak boleh membatalkan air sembahyang.

Video itu telah menimbulkan kontroversi, dengan pelbagai pihak membidas pihak yang mengeluarkan pendapat tersebut kerana didakwa tidak memahami hukum yang benar-benar membatalkan wuduk.

Oleh itu, Dr Zulkifli tampil memberikan penjelasan untuk memberikan pencerahan mengenai isu ini.

Untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai isu ini, Dr. Zulkifli, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, menjelaskan bahawa secara umum, tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah.

Ini disebabkan menurut mazhab al-Syafi‘i, tahi, najis, dan air kencing yang datang daripada haiwan dianggap sebagai najis.

Bagi membersihkannya, beliau menjelaskan bahawa langkah pertama adalah menghilangkan najis tersebut, kemudian mencucinya dengan air sehingga hilang bau, warna, dan rasa.

Dalam situasi di dalam ruang solat seperti surau atau masjid, jika tahi cicak boleh dielakkan, sebaiknya dibuang segera jika terpijak kerana terdapat risiko ia boleh merosakkan solat.

Namun, jika sukar untuk mengelakinya kerana terlalu banyak, ia tidak akan membatalkan solat kerana najis itu dimaafkan dan termasuk dalam ‘Umum al-Balwa.

Baca:

Pasangan bercerai gara-gara cemburu beli iPhone 15 Pro Max, siap ugut saman isteri sendiri

Baru berjinak dengan sukan basikal? Ini 12 perkara anda wajib tahu supaya tidak tertipu

Dusun Musang King dikunjungi selebriti rupanya ceroboh hutan simpan, boleh pula bina rumah rehat