Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, mengumumkan bahawa
Misi bantuan banjirnya di Kelantan akan berakhir pada Rabu, 4 Disember.
Melalui kenyataan di Instagram Story, beliau memohon maaf kerana terpaksa menamatkan misi tersebut lebih awal
untuk menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.
“Esok adalah hari terakhir. KA (Khairul Aming) minta maaf, KA terpaksa balik KL sebab kami ada urusan yang sudah tidak dapat dielakkan,” katanya.
Seruan untuk Sukarelawan di Hari Terakhir
Walaupun misi bantuan bakal berakhir, Khairul Aming masih memerlukan bantuan sukarelawan bagi memastikan agihan barangan keperluan kepada mangsa banjir berjalan lancar.
“Kita ada banyak sumbangan yang akan sampai pagi esok. Ramai manpower diperlukan. Ayuh kawan-kawan, kita all out esok,” serunya penuh semangat.
Seminggu yang Bermakna
Sepanjang hampir seminggu di Kelantan, Khairul Aming dan pasukannya berjaya menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir tanpa menerima sumbangan wang, demi memastikan pengurusan bantuan berjalan dengan baik.
Beliau menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang sangat bermakna dan berterima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan misi ini.
“Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan misi ini. Anda semua orang yang sangat hebat,” ujar Khairul Aming.
Inspirasi kepada Masyarakat
Misi bantuan yang dilakukan oleh Khairul Aming telah menjadi inspirasi kepada ramai pihak, mencerminkan pengorbanan dan keikhlasan beliau dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
BACA: Menteri Pendidikan dedah siapa sebenarnya dalang pemansuhan UPSR dan PT3