Realtime website trackingweb stats

Terlebih in character, doktor risau dma Islam ada masalah mental

Oleh ADINDA

Seorang doktor perubatan, Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin menyarankan ‘influencer’ yang dikenali sebagai dma Islam untuk menjalani pemeriksaan mental.

Khairul Hafidz, yang juga Pengerusi MedTweetMY, menyatakan cadangan tersebut susulan kepada kandungan yang dimuat naik oleh dma Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza, yang dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada golongan muda.

“Ramai yang kata kamu troll atau ‘in character’ (menjiwai watak) tapi saya bimbang ada sesuatu yang lain.

Terlebih in character, doktor risau dma Islam ada masalah mental

“Kamu adalah orang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata, jadi saya bimbang dengan perkataan yang keluar dari mulut kamu,” katanya di Twitter, kelmarin.

Tambah Khairul Hafiz, harapannya ialah supaya pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dapat melakukan pemeriksaan dengan segera.

“Jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti ini kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar. Jadi masa itu, barulah saya yakin kamu sedang troll,” jelasnya.

Nama dma Islam mula dikenali sejak kebelakangan ini dan berjaya menraih perhatian melalui video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Pengaruh terkenal ini sering menggunakan perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) dalam kandungan motivasinya sebelum melibatkan diri dalam pembangunan diri.

Walaupun dma Islam mendakwa kandungannya melebihi tahap pemikiran biasa, ramai masih meragui tentang personaliti dan watak yang ditonjolkannya.

Baca:

Terkejut dijual hanya RM2, ketahui strategi tarik pelanggan masuk kedai ini

Rupanya ini penjelasan paling logik kenapa perlu ada tandas VIP di masjid, nak pertikai silakan

Netizen dilabel munafik! Sajat pertikai kek tapak kuda guna bahan diboikot