Realtime website trackingweb stats

Terkejut tiga anak bukan zuriatnya, ini tindakan nekad pemandu jarak jauh selepas 16 berkahwin

Oleh ADINDA

Seorang lelaki di China terkejut apabila mengetahui tiga anak yang dilahirkan isterinya sejak berkahwin 16 tahun lalu adalah bukan zuriatnya.

Kecewa dengan perangai curang isterinya, Chen Zhixian menceraikan Yu Hua yang lapan tahun lebih muda daripadanya.

Mereka sebelum ini berkahwin pada Disember 2007, tidak lama selepas bertemu dengan isterinya buat kali pertama.

Terkejut tiga anak bukan zuriatnya ini tindakan nekad pemandu jarak jauh selepas 16 berkahwin

Tidak lama selepas berkahwin, Yu memberitahu Chen bahawa dia hamil.

Tentunya, Chen sangat terharu dengan berita bahawa dia akan menjadi seorang bapa.

Padahal, dia tidak sedar bahawa isterinya sudah hamil apabila mereka bertemu.

Yu kemudian melahirkan anak perempuan pertama.

Suaminya adalah pemandu pengangkutan jarak jauh yang tidak berada di rumah hampir sepanjang tahun.

Dia hanya pulang ke rumah, di Dexing, Wilayah Jianxi, untuk jangka masa yang singkat.

Lapor Oddity Central, Yu kemudian melahirkan seorang lagi anak perempuan, yang Chen anggap sebagai zuriatnya.

Namun, dia kemudiannya mengesyaki isterinya tidak setia pada 2019, apabila memberitahu dia hamil sekali lagi.

Bagaimanapun, wanita itu menegaskan bahawa bayi itu adalah zuriat mereka dan akhirnya, lelaki itu menerimanya.

Pada November 2022, Chen akhirnya yakin bahawa isterinya tidak setia dan menjalin hubungan sulit dengan lelaki bernama Wu serta melahirkan anak perempuan keempatnya di sebuah hospital di Shangrao City.

Chen tidak bersemuka dengan Yu, sebaliknya mendapatkan peguam dan pergi ke hospital untuk menyiasat.

Lelaki itu mendapati Yu melahirkan bayi perempuan pada bulan berkenaan tetapi borang memaparkan namanya sebagai bapa berserta tandatangan palsu.

Menyedari sangkaannya mengenai kecurangan Yu Hua sebelum ini adalah benar, Chen memfailkan perceraian dan mengarahkan ujian paterniti untuk setiap anaknya.

Ibarat kaca terhempas ke batu, hasilnya mengejutkan – Tiada seorang pun daripada tiga anak perempuan adalah zuriatnya.

Chen yang kecewa akhirnya ‘mengheret’ isterinya ke mahkamah bagi menuntut hak jagaan kepada anak-anak itu, selain pampasan kerana tekanan emosi.

Baca:

Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya