Realtime website trackingweb stats

Terkejut kehidupan berubah selepas berkahwin. Janna Nick dedahkan cerita kemas katil

Oleh ADINDA

Terkejut kehidupan berubah selepas berkahwin. Janna Nick dedahkan cerita kemas katil.

Janna Nick tak sangka kehidupan selepas berkahwin lain seperti yang dijangkakan. Barangkali berkat doa yang dibacakan Ustaz Wadi Anuar ketika majlis pernikahannya baru-baru ini juga menjadi asbab kebahagiaanya bersama suami.

Selepas seminggu berkahwin, pelakon Janna Nick mengakui bahagia menjalani kehidupan berumah tangga dengan suami tercinta Dini Schatzmann.

Janna berkata kehidupannya sedikit berubah selepas berkahwin apatah lagi suaminya seorang yang sangat pembersih dan rajin membuat kerja rumah.

“Alhamdulillah seronok lepas berkahwin ni kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan stres tapi kita tahu mesti ada orang di rumah yang akan bersama kita.

“Apa yang best bila bangun tidur ada orang kemas katil..tu paling seronok bagi saya. Sebelum kahwin saya tahu dia seorang pembersih dan rajin tapi bila tinggal sekali ya memang terbukti dia memang seorang lelaki begitu.

“Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan terus jerit suruh saya mandi dulu,” katanya.

Terkejut kehidupan berubah selepas berkahwin. Janna Nick dedahkan cerita kemas katil.  Pelakon Janna Nick mengakui bahagia menjalani kehidupan berumah tangga dengan suami tercinta Dini Schatzmann.

Dalam pada itu, Dini turut berkongsikan kehidupan bersama isteri tercinta apabila dapat merasa masakan pertama Janna iaitu mee sanggul serta memuji kesedapan air tangan isterinya itu.

“Mestilah seronok sebab kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun bersama dia. Apa yang penting boleh buat semua perkara bersama lah. Saya juga dapat merasa masakan pertama Janna selepas berkahwin ini iaitu mee sanggul. Sangat sedap.

“Selepas berkahwin ini tak banyak perkara yang berbeza tentang Janna sebab dia seorang yang pandai berkomunikasi. Dia tidak pernah sorok akan sikap dan dirinya dari awal perkenalan sehingga kini, jadi mudah,” katanya.