Realtime website trackingweb stats

Terkejut jumpa segumpal rambut, kuah cepat basi, peniaga laksa ini cerita 4 pengalaman mistik

Oleh ADINDA

Jumpa segumpal rambut dan kuah laksa cepat basi antara pengalaman mistik dialami seorang peniaga laksa, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, 31, dan isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 25.

“Terserah nak percaya atau tidak tapi apa yang saya kongsikan itu memang benar… hanya yang merasainya saja akan faham,” kata Syed Muhammad Shah Hasif.

Berikut 4 pengalaman pelik dan aneh dialami usahawan terbabit dalam meneruskan jenama Royal Laksa jenamanya:

1. Gumpalan rambut

Fatin jumpa gumpalan rambut pada Oktober lalu. Tinggalkan rebus mi laksa sekejap. Kembali saja ke dapur didapati ada sehelai rambut dalam rebusan mi.

Tapi selepas dikacau, Fatin jumpa segumpal rambut di dalamnya dan selepas itu memanggil Syed Muhammad Shah Hasif untuk melihat apa yang berlaku.

2. Orang tak nampak gerai

Ramadan lalu, mereka berniaga di tapak niaga dan semuanya berjalan lancar. Namun, empat hari sebelum raya ada pelanggan serta keluarga beritahu tak nampak gerai mereka.

Keesokannya, mereka berniaga lagi tapi daripada tengah hari sampai petang tiada pelanggan datang hingga akhirnya Hasif sepakat bungkus makanan kemudian sedekah ke masjid.

Tiga tong kuah laksa tidak habis sedangkan selalunya sejam hingga satu jam setengah saja sudah habis.

3. Cepat basi

Kejadian aneh berlaku dua minggu selepas Aidilfitri lalu iaitu selepas gerai dibuka semula.

Hari pertama berniaga, kuah laksa yang baru dimasak basi selepas sampai di tapak niaga.

Itulah juga punca Syed Hasif dan isteri tidak meneruskan perniagaannya sebelum ini.

4. Mimpi menakutkan

Sejak kejadian penemuan gumpalan rambut itu, Hasif ada beberapa kali didatangi mimpi yang menakutkan selain sakit kaki sampai menggunakan tongkat.

Isteri beliau juga ada mimpi buruk cuma setakat ini, dia dan anak tiada masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, Hasif enggan menuduh sesiapa kerana tiada bukti sebaliknya berikhtiar dengan berjumpa pengamal perubatan Islam.

“Ikutkan malas fikir sebenarnya sebab niat saya nak cari rezeki. Nak tuduh sembarangan tak boleh kerana bimbang jatuh fitnah pula nanti,” katanya lagi.

@syed.fatin.jaeden.haifasaya sangat trauma dengan bisnes laksa iaitu ROYAL LAKSA , saya dan wife sangat takut sehingga trauma , saya sampai keluar drah dan macam2 kejadian pelik dan sangat menakutkan , komen part 2 kalau nak tahu kisah yang selanjutkan , gerenti kalo korang berada kat tempat kami pon , akan trauma weiiii , ni lah kejadian teruk pernah kami lalui , nauzubillah

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Baca:

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya

Guna 5 bahan saja dapat donut gebu, jimat masa tak payah pun rehatkan doh

“Bila meter minyak tunjuk simbol E, buat tiga perkara ini untuk elak enjin mati tiba-tiba” – Abg JPJ