Realtime website trackingweb stats

Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Keseronokan berkumpul dengan sanak saudara di Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya turut dimeriahkan dengan aktiviti bermain mercun.

Tetapi bagi seorang lelaki bernama Astunggal, 53 tahun, tindakan dia menyalakan mercun mungkin akan menjadi kenangan yang pahit yang sukar dilupakan.

Pada malam raya, 22 April yang lalu, seorang bayi jiran Astunggal yang berumur hanya 38 hari mengalami serangan sawan yang teruk setelah terkejut dengan bunyi mercun yang meletus pada jam 8 malam.

Pada masa itu, ibu, ayah, dan bayi tersebut sedang berehat dalam bilik tidur mereka.

Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna

Bayi itu mengalami kesukaran bernafas dan matanya terpejam rapat. Lidahnya juga mula menjadi kaku dan terbalik ke atas.

Ibunya mencuba memberikan susu badan, tetapi tidak berjaya. Oleh kerana keadaan bayi semakin teruk, mereka segera membawa bayi tersebut ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Bayi itu telah ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia enam hari kemudian.

Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna

Menurut doktor, kematian bayi tersebut disebabkan oleh impak ‘kejutan’ yang teruk pada otaknya.

Awalnya, pelaku, iaitu Astunggal, enggan untuk meminta maaf. Selepas sembilan hari, dia akhirnya datang ke rumah keluarga bayi tersebut untuk meminta maaf setelah dipanggil oleh ketua kampung.

Walaupun dia datang membawa salam damai, pertemuan itu hanya berlaku di hadapan pintu rumah.

Baca:

Sekarang baru tahu beza fungsi antara aircond inverter dan bukan inverter, patutlah bil elektrik orang lain jimat

Dah ketagih 3 tahun, lelaki ini suka makan dan minum air simen semasa bekerja

Kisah cinta Nisa dikhianati ‘abang askar’, ramai pula akui sakitnya sampai ke Malaysia