Seorang wanita terkejut semasa membelek telefon bimbit suaminya apabila terbaca sejumlah mesej manja-manja suami dengan anaknya sendiri menerusi aplikasi TikTok.
Dia sebelum ini janda anak satu sudah berkahwin dengan suaminya itu dua tahun lalu dan sekarang anak wanita itu pun sudah berumur 21 tahun.
Tak disangkanya suami dan anaknya menjalin hubungan kasih dalam diam dan menjadikan platform TikTok sebagai medium penghubung untuk mereka bermesej.
“Saya tak pernah syak apa-apa pada suami dan anak. Saya sendiri tak ada TikTok, jadi tidak pandai gunakan aplikasi tersebut.
“Saya ingat dia layan baik anak saya sekadar kasih seorang bapa kepada anak tirinya.
“Rupanya mereka menjalin cinta dalam diam,” luahnya di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri.
Katanya, dia mengesyaki suaminya pernah tidur berdua di hotel bersama anaknya apabila beberapa bukti perbualan direkodkan di ruang mesej aplikasi TikTok tersebut.
“Saya hanya syak, tak pasti kebenarannya. Anak saya tinggal di asrama sebab sambung pengajian peringkat degree (ijazah sarjana muda) di Shah Alam.
“Saya ada baca mesej suami ajak anak tidur di hotel dengan alasan mahu bawanya jalan-jalan hujung minggu.
“Sedangkan saya tidak tahu suami dan anak keluar bersama.
“Dunia akhir zaman memang wujud. Suami bukan setakat mesej tanya khabar anak tirinya, malah panggilan sayang juga diberi kepada gadis tersebut,” luahnya kecewa.
Sehubungan itu, beliau menganggap dirinya gagal mendidik anak perempuannya sehingga tenggelam dengan godaan bapa tiri.
“Saya juga rasa gagal dalam memilih suami sehingga dia lebih kasih pada anak tirinya berbanding isterinya sendiri.
“Moga Allah bantu saya cari jalan penyelesaian untuk semua ni,” katanya.
Menurut wanita itu, dia sekadar mahu meluah dan berharap pandangan positif daripada ahli kumpulan tersebut.
“Saya sekadar mahu meluah, jangan kecam saya kerana ceritakan aib keluarga.
“Saya tidak tulis nama siapa-siapa, cuma harap ada pandangan yang dapat bantu masalah saya,” pintanya.
Perkongsian wanita tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain.
“Banyak kes saya baca bapa curang dengan anak tiri, sehingga ada yang terlebih batas sampai mengandung anak luar nikah. Hati-hati dalam memilih pasangan.
“Ini memang sama-sama gatal, kalau seorang sahaja yang mula, anaknya tidak melayan, perkara seperti ini tak terjadi.
“Moga puan kuat dengan ujian ini. Nasihat saya puan jumpa dengan anak puan dan tanya sejauh mana hubungannya dengan bapa tiri,” demikian antara komentar warganet.
Baca:
Tak lagi berisiko sampai runtuh gigi, ini 9 petua boleh cuba lembutkan ayam pencen
Tanpa abang polis, wanita warga Thailand sarat mengandung ini mungkin berdepan masalah besar
Khairul Aming bukan usahawan berjaya pun, pendapat lelaki ini mengejutkan