Semalam cuba buat ayam ala2 KFC alhamdulillah mnjdi sangat.
Perap dia 3 jam lepastu pukul 6 goreng untuk berbuka.
Semalam makan pon memang sedap Krup krap rasanya pedas pun terasa sebijik macam ayam KFC.
Ambik resepi dekat group Facebook juga tangkap gambar pun tak ada jadi guna gambar ni sahaja lah.
Tapi memang menjadi macam dalam gambar
Resepi ayam goreng Hot and Spicy
Bahan-bahan:
• Ayam
• Tepung jenama BESTARI
• Tepung Gandum
• Tepung Beras
• Serbuk Cili (jika perlu)
• Minyak Masak
*Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin
Cara-cara:
1. Campurkan tepung bestari dengan air sahaja. Gaul sehingga menjadi pekat sederhana (ikut kuantiti ayam).
2. Masukkan ayam ke dalam campuran tepung tadi dan rendam.
Semakin lama anda perap, isi ayam akan menjadi lebih lembut dan rasa pedas akan meresap dalam isi ayam.
Saya rendam selama 5 jam.
3. Sediakan tepung untuk penyalaan pula.
4. Campurkan tepung bestari yang belum dicampur dengan air dengan tepung gandum dan tepung beras (saya tidak ada sukatan tetap.
Main agak-agak sahaja.
Anggaran 1 senduk tepung bestari, 1 senduk tepung gandum, dan 1 1/2 senduk tepung beras).
5. Kemudian ambil ayam yang sudah direndam tadi masukkan dalam campuran tepung kering dan saluti keseluruhan.
Buat satu demi satu kerana jika dibuat banyak, ia tidak akan cantik dan tidak bersalut.
Jadi, perlu bersabar masa mengambilnya.
6. Masukkan ayam yang sudah disalut tadi dalam minyak panas.
Lebih baik digoreng dalam periuk kerana minyak sekata dan ayam terendam (tidak perlu digaul banyak kali. Biarkan ia masak dengan tenang).
*Bila menggoreng dalam periuk atau kuali, eloklah masukkan 3-4 keping pada satu-satu masa.
Jangan terlalu banyak sangat. Sila ikut saiz periuk atau kuali untuk memasak.
7. Lepas tu dah masak kan agak-agak sudah kekuningan. Boleh angkat dan makan.
Selamat Mencuba!
Baca:
Cara buat ‘fish noodle soup’ mudah dan senang, menu popular di restoran Cina
Cara luar biasa goreng kacang tanah guna ‘gadget’ dapur ini, paling penting jimat masa
Netizen tergamam tengok DBKL sita Food truck halang laluan ramai