Rebah selepas terhuyung-huyung sejurus membaca surah Al-Fatihah. Itu detik-detik akhir ketika seorang imam meninggal dunia ketika sedang mengimamkan solat subuh pada hari Jumaat di bulan Ramadan.
Pemergian Allahyarham Mohd. Razif Hussin, 62, yang dicemburui itu berlaku di Masjid Jamek Kampung Sermin, Segamat, Johor pada 22 Mac lalu.
Menerusi rakaman televisyen litar tutup (CCTV) di masjid itu, Allahyarham mulanya sedang mengimamkan solat dihadiri kira lebih 15 jemaah.
Walau bagaimanapun, Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermin itu tiba-tiba rebah sebelum dibantu beberapa jemaah yang terkejut dengan kejadian berkenaan.
Lapor Kosmo, sewaktu kejadian berlaku kira-kira pukul 6.18 pagi, tiba-tiba Mohd. Razif terhuyung-huyung ketika selesai membaca surah Al-Fatihah di rakaat pertama.
Penduduk Kampung Sermin Menurut Musa Atan, 60, memberitahu beberapa jemaah yang berada berhampirannya cuba menyambutnya yang rebah.
“Kami baringkan dan riba dia serta turut memberi pertolongan cemas kepada arwah sambil mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Baca:
Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri
Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri
Cuba 6 tips ini untuk bijak berbelanja, nombor 3 tu kalau berlebihan pun duit boleh banyak ‘terbang’