Boleh pula ada ibu kepada murid yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mendakwa guru mencari duit raya dengan mengadakan kelas pada bulan puasa.
Seorang ibu lain pula menyarankan supaya dilaksanakan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang Ramadan.
“Sepatutnya tak payahlah KAFA lagi bulan puasa ni. Kesian anak-anak seharian di sekolah. Lagi-lagi darjah 1. Kalau PdPR lah dulu sebulan Ramadan ni…” katanya.
Kedua-dua komen seperti itu dilihat biadab dan memanjakan anak.
Kalau bukan ibu bapa yang patut beradab terlebih dahulu, mana mungkin anak-anak akan jadi anak yang beradab.
Ikuti luahan hati seorang guru KAFA, Inayah Taufik yang membahasakan dirinya sebagai Kak Nayah mengulas sikap segelintir ibu bapa yang biadab ini:
SURAT TERBUKA KEPADA IBU BAPA YANG MAHU JADI HAMBA KEPADA ANAK BILA TUA:
Sebagai guru KAFA memang Kak Nayah rasa terpukul dengan hantaran dan komen itu.
Tuan tuan dan puan puan,
Tak ada siapa pun paksa tuan puan untuk hantar anak ke KAFA andai dirasakan ianya satu bebanan.
Dan kami guru KAFA pun, tidak pernah memaksa anak-anak seawal tahun 1 dan 2 itu untuk berpuasa.
Namun, sudah maklumkan kepada waris untuk bagi anak-anak yang tidak berpuasa untuk makan siap-siap di rumah sebagai menghormati kawan-kawan yang berpuasa.
Nak puasa, Alhamdulillah, anggap ia sebagai latihan untuk anak-anak melengkapkan rukun Islam yang ketiga.
Macam tahun lepas, ada saja waris yang maklumkan dan buat surat untuk anak dia dikecualikan dari kelas Kafa sepanjang Ramadan.
Sebab baru darjah 2, nak anak dia belajar puasa di rumah. Jadi, Kak Nayah okey sahaja.
Tapi sepatutnya tak bolehlah, tak ada pun dalam garis panduan Jakim mahupun KPM untuk dibolehkan berbuat sedemikian.
Macam dok kata lah, atas tanggungan waris segalanya. Bersyukurlah waris maklumkan dari diam seribu bahasa.
Nak buka kantin waktu rehat Kafa di bulan Ramadan pun macam tidak berbaloi. Sebab, berapa jam sahaja waktu pembelajaran.
Waktu pembelajaran bulan puasa pun dah dikurangkan. Jadi, kesian pengusaha kantin nak urus atur kantin pula.
Puan, guru Kafa pun di bawah sektor pendidikan Jakim. Jadi, kami tak boleh memandai mandai untuk ber’PDPR’ di rumah selagi tidak dapat arahan daripada pihak atasan.
Ikutkan hati, memang nak sangat bekerja dari rumah. Boleh sambil mengajar tu masak di dapur, basuh baju, ajar anak-anak homework.
Kami ke sekolah tu pun perlukan tenaga. Tenaga nak berjalan, tenaga nak mengawal selia lebih 30 anak murid, tenaga nak bercakap.
Itu belum anak-anak yang tantrum bergaduh dengan kawan. Tapi tengok anak-anak tu sebenarnya lagi kuat bertenaga dari ustazah ni. Siap boleh berlari dengan kawan-kawan. Hebat tenaga budak-budak.
Puan, memang pun kami nak cari duit lebih. Tapi bukan melalui bayaran tambahan daripada waris dan anak-anak pun. Tak, tak.
Elaun kami memang tetap bayaran seperti dalam surat perjanjian setiap bulan. Tidak ada pula duit tepi kiri kanan pun masa mengajar tu.
Dan untuk pengetahuan puan, elaun kami akan dipotong andai kami ambil cuti lebih dari sepatutnya atau kurang masa mengajar.
Tapi bukan bermakna kami perlu paksa anak-anak murid ke sekolah untuk dapat elaun. Anak puan tak ke sekolah pun elaun kami tetap sama.
Seandainya kami nak cari duit lebih, kena kerja lebihlah. Buat bisnes kecil-kecilan, atau cari side job yang semampunya sebab masa kami juga terikat dengan kerja hakiki sebagai guru Kafa itu.
Kami masih perlu siapkan RPH, masih perlu ikuti bengkel-bengkel atau kursus tertentu. Masih perlu mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan.
Hinanya kami yang cuba untuk menyebarkan agama Islam ini di mata sesetengah pihak. Katanya kami tidak berkelulusan.
Tuan puan, kalau dulu ya lah. Syarat untuk menjadi guru Kafa mungkin hanya memerlukan kelayakan SPM atau setaraf.
Tapi zaman sekarang, kebanyakkan kami guru Kafa sudah memiliki Ijazah dan mungkin lebih. Jadi, mohon jangan hanya menghukum rata kesemua guru Kafa, ya.
Dah ada Ijazah, kenapa tak cari kerja yang setara? Tuan puan, rezeki jodoh ajal. Kita yang tetapkan ka?
Lagipun, kalau bukan kami yang berminat untuk mengajar anak-anak tuan puan, siapa lagi?
Sudah-sudahlah menghina dan merendah-rendahkan martabat kami sebagai Guru Kafa di bawah seliaan Pejabat Agama Islam dan Jakim.
Rasanya banyak sebolehnya nak diceritakan, tapi cukuplah setakat ni di bulan Ramadan yang mulia ini.
Risau terlebih lebih nanti banyak mudarat. Sebaiknya, andai nak menulis, iarlah diselidik dulu. Paling tidak, waris berbincanglah dengan pihak sepatutnya lebih afdal.
Habis terganggu emosi hari ini. Jomlah cari duit lebih, nak beli baju raya.
Baca:
Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah
Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya