Ada yang tergamak menangguk banjir darah Palestin apabila tegar mengambil kesempatan di atas kesengsaraan mereka yang diburu dan dibunuh Zionis Israel.
Itu sebabnya, jangan apabila melihat kewujudan tabung derma itu di Facebook atau Instagram terus mahu menderma.
Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika menderma terutama ketika keganasan di Gaza, Palestin sedang berlaku bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya faham rakyat di negara ini sangat dermawan dan apabila berlaku sebarang insiden mereka sanggup membantu, namun ada juga diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau menasihatkan jika ada meminta sumbangan derma ke Palestin sila buat pengesahan terlebih dulu kerana walaupun jumlah derma itu hanya RM100 atau RM200 tetapi ia tetap membuka ruang kepada penipuan.
“Mereka akan menggunakan rasa simpati kita untuk membuat penipuan dan tidak tahu di mana wang itu disalurkan.
“Jadi, jika betul hendak menderma salurkan ke tabung disediakan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar kerana tidak salah kita membuat semakan dulu,” katanya, lapor Harian Metro.
Nasihat sama turut disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Katanya, orang ramai perlu menyalurkan sumbangan kepada NGO yang sudah lama membantu Palestin dan bukan yang tiba-tiba muncul.
“Seperti NGO kami yang bekerjasama dengan NGO di bawah dua koalisi, MyAqsa Defenders dan Aid4Palestine, Insya-Allah, sebab kami yang diamanahkan sampaikan sumbangan di sana dan pantau kebanyakan projek,” kata Nadir lagi.
Baca:
3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik
Dahsyat grafik kempen boikot di Turki ini, rupanya Starbucks terang-terang sokong pengganas dunia
9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada