Realtime website trackingweb stats

Tergamak buang jasad kekasih ke tong sampah, rupanya ini punca Seong Tan sampai kena penjara 28 tahun

Oleh ADINDA

Tergamak buang jasad kekasih ke tong sampah, rupanya ini punca Seong Tan sampai kena penjara 28 tahun. Mahkamah Agung Victoria menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun ke atas seorang lelaki warga Malaysia selepas didapati membunuh teman wanitanya dengan kejam pada 2021.

Joon Seong Tan, 38, yang membunuh teman wanitanya, Ju ‘Kelly’ Zhang, 33, ditahan ketika sedang menuju ke lapangan terbang.

Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, mahkamah mendengar butiran mengerikan bagaimana mangsa ditikam sekurang-kurangnya enam kali di dada di dalam rumah manakala anak lelakinya yang berusia lapan tahun menonton televisyen di bilik lain.

Pembunuhan itu dilakukan kerana cemburu berikutan mangsa mula bergaul dengan lelaki lain selepas hubungan dengan Seong Tan renggang.

Dia berpura-pura cuba mencari mangsa sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah dan memandu ke Heidelberg West, di mana tong sampah itu diletakkan di bahu untuk diambil lori pemungut sampah.

Mayat mangsa kemudian dijumpai selepas empat bulan di utara Melbourne.

Hakim, Amanda Fox, berkata Seong Tan mungkin akan menghabiskan hukumannya di penjara di sini sebelum dihantar pulang ke Malaysia, tempat kelahirannya.

“Cara anda menganiaya mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah domestik adalah tidak berperikemanusiaan.

“Dia mempercayai awak, memperkenalkan anaknya dan menjemput awal berada dalam hidupnya.

Ketika ini, anak mangsa tinggal bersama datuk serta neneknya dan sehingga kini, tidak mengetahui pembunuhan ibunya.

Perbicaraan pembunuhan Seong Tan berlangsung selama sebulan dengan mengemukakan berpuluh-puluh saksi, termasuk rakan dan bekas suami mangsa.

Baca:

Netizen tak sabar tengok wajah Abdullah Abbas, selebriti jutawan ini buat ‘teaser’ kongsi wajah anak

Aina Abdul kena kecam lagi, Siti Nurhaliza pun tak over, netizen nasihat serba sederhana lebih indah

Sado main gym, maut pun kerana besi, beban 210 kg penyebab lelaki ini patah tulang leher