Realtime website trackingweb stats

Terbongkar rahsia cara simpan santan segar kalau tiada peti ais, tahan 3 hari!

Oleh HADI KAMARUDIN

Seorang pengusaha restoran telah berjaya menarik perhatian ramai selepas tampil berkongsi satu petua mengenai penyimpanan santan segar di akaun TikTok miliknya.

Menurut peniaga yang mesra disapa Pak Man itu, salah satu bahan penting di dalam masakan tempatan iaitu santan boleh disimpan di luar peti sejuk sebelum digunakan.

Kekal segar dalam tempoh tiga hari, mereka yang mahu mengikut petua Pak Man itu perlu menyediakan dua bahan iaitu garam dan ais batu selain bekas penyimpanan.

Petua dari Cik Man ini bukan sahaja ditujukan kepada peniaga makanan malah turut sesuai diamalkan oleh mereka yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

“Hai hangpa (anda semua). Hari ini aku nak kongsi macam mana cara nak simpan santan segar sekiranya rumah hangpa tiada elektrik atau peti ais rosak,” katanya.

Terbongkar rahsia cara simpan santan segar kalau tiada peti ais, tahan 3 hari!

Langkah-langkah penyimpanan santan

1. Masukkan bungkusan santan segar ke dalam satu bekas. Kemudian, letakkan ais batu ke dalam bekas yang sama sehingga menutupi kesemua bungkusan tersebut.

2. Kemudian, tuangkan sedikit air ke atasnya sebelum tambahkan lagi lebihan ais batu.

3. Bagi memastikan ais tersebut tahan lama, masukkan sedikit garam. Jangan lupa gaulkan sedikit. Jika kulit anda sensitif, bolehlah pakai senduk atau sarung tangan.

“Selagi mana ais ada di dalam bekas ini, Insya-Allah dalam dua atau tiga hari boleh tahan walaupun santan tidak disimpankan di dalam peti ais.” Ulasnya dalam perkongsian itu.

Semoga perkongsian mengenai kaedah penyimpanan santan segar ini memberikan manfaat kepada pembaca terutamanya mereka yang tidak memiliki peti sejuk atau akses kepada bekalan elektrik.

Baca juga: Ramai ambil mudah notis ‘No Pork No Lard’, bekas Mufti terpaksa tampil beri penjelasan