Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, akhirnya bersuara mengenai spekulasi yang mengatakan beliau bakal meninggalkan UMNO.
Menurutnya, sebarang keputusan mengenai keahlian politiknya hanya akan dibuat selepas berbincang dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu.”
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di Shah Alam, semalam, yang dirasmikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Spekulasi Tinggalkan UMNO & Pelawaan PKR
Kebelakangan ini, desas-desus bertiup kencang bahawa Tengku Zafrul bakal meninggalkan UMNO selepas dikatakan tiada lagi masa depan dalam parti tersebut. Malah, ada laporan yang menyebut bahawa beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lalu.
Namun, sehingga kini, Tengku Zafrul masih belum membuat sebarang keputusan rasmi mengenainya.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat?
Selain khabar angin politik, nama Tengku Zafrul juga disebut-sebut sebagai calon Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas tempoh perkhidmatannya sebagai senator berakhir Disember ini.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Perdana Menteri.
“Apa-apa jawatan yang diberi sekarang atau pada masa hadapan, itu terpulang kepada Perdana Menteri.”
Buat masa ini, fokus utama beliau adalah meneruskan tugas di kementeriannya, termasuk memainkan peranan dalam menjayakan komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Adakah Tengku Zafrul akan kekal bersama UMNO, berpindah ke parti lain, atau menerima jawatan sebagai duta? Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya!
BACA LAGI :
Atok Tengku Zafrul rupa-rupanya individu yang isytihar kemerdekaan 1957
Bagi yang nak mula berlari, boleh ikut panduan ini, Tengku Zafrul pun amal latihan interval