Realtime website trackingweb stats

Tengah banjir pun lelaki tua ini buat perangai, mengejutkan bukan seorang budak jadi mangsa

Oleh ADINDA

 

Entah apa merasuk seorang lelaki tua di Terengganu apabila tengah banjir pun tergamak buat perangai.

Suspek yang berusia 61 tahun disyaki melakukan amang seksual terhadap dua budak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Nerus, 22 November lalu.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, suspek berusia 61 tahun yang juga mangsa banjir di PPS sama ditahan susulan dua laporan polis dibuat oleh keluarga dua kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata menurut laporan polis, ibu mangsa memaklumkan, kelmarin suspek telah memujuk dua kanak-kanak berkenaan untuk ke suatu tempat di PPS berkenaan dengan alasan untuk mengajar sebelum dipercayai melakukan perbuatan itu.

“Mangsa tinggal bersama keluarga masing-masing di PPS bekenaan manakala suspek bersama anak dan menantu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Susulan kejadian itu, Mazli berkata pihaknya akan meningkatkan rondaan keselamatan bagi mencegah kejadian sama berulang.

Dalam masa sama beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan mengawasi pergerakan anak-anak sepanjang berada di PPS.

“Di setiap PPS memang kita ada tempatkan dua anggota polis dan dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memantau keselamatan penghuni.

“Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu kerap memantau pergerakan di dalam PPS kerana akan mengganggu privasi penghuni,” tambah Mazli lagi.

Baca:

Beli tiket lebih RM3,000 tapi kena sidai luar stadium, ‘scammer’ konsert Coldplay kaut RM70,000

Pecah tembelang rupanya RM70 juta tak sampai pun kepada anak Palestin, NGO ini amat mengejutkan

Ramai saja Melayu rajin berusaha, tauke pulut kuning pun kecam ‘makcik Kemboja’