Tawar kad haji palsu, dua ditahan di Mekah

Oleh AHMAD ISMAIL

Tawar kad haji palsu, dua ditahan di Mekah. Dua penduduk Indonesia telah ditahan oleh pasukan peronda keselamatan di Makkah selepas didapati terlibat dalam penipuan berkaitan ibadah haji yang boleh mengelirukan orang ramai.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kedua-dua suspek dikatakan menyebarkan iklan palsu berkenaan kempen haji, termasuk mempromosikan kad Haji Nusuk palsu – satu tindakan yang jelas melanggar undang-undang serta peraturan haji yang ketat di Arab Saudi.

Lebih membimbangkan, mereka juga melindungi seramai 23 individu lain yang memasuki negara itu menggunakan pelbagai jenis visa lawatan, bukan visa haji yang sah, dan menempatkan mereka di sebuah bangunan di Makkah.

Tawar kad haji palsu, dua ditahan di Mekah

Akibat perbuatan itu, kedua-dua suspek telah ditahan dan kini berdepan tindakan undang-undang. Kes mereka telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Arab Saudi untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, 23 pelawat yang dilindungi oleh suspek turut dikenakan tindakan dan dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan, untuk dihukum mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pihak berkuasa Arab Saudi sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu berkaitan ibadah haji, serta hanya mengikuti saluran rasmi yang diiktiraf bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tindakan undang-undang semasa berada di Tanah Suci.

BACA JUGA :

270 jemaah negara ini akhirnya tiba di Mekah selepas 12 tahun

Keluar segera dari Mekah jika tiada dokumen ini

Hajar Aswad pernah hilang di Mekah selama 22 tahun! Ini pencurinya