Realtime website trackingweb stats

Tanpa abang polis, wanita warga Thailand sarat mengandung ini mungkin berdepan masalah besar

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang wanita warga Thailand sarat mengandung ini mungkin berdepan masalah besar tanpa bantuan anggota polis negara ini.

Mana tidaknya, dia menempuh detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), 12 Februari lalu.

Untungnya, anaknya selamat dilahirkan dengan bantuan anggota polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan itu.

Tanpa abang polis, wanita warga Thailand sarat mengandung ini mungkin berdepan masalah besar

Dalam situasi cemas itu, pegawai dan anggota peronda Lebuhraya (EMPV) terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ bagi menyambut kelahiran bayi pasangan terbabit sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Tindakan pantas anggota dan pegawai terbabit menyambut kelahiran bayi itu di tepi lebuh raya bakal jadi kenangan manis buat pasangan itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, PDRM memaklumkan bahawa pasangan warga asing berkenaan berhenti di tepi jalan sebelum melihat kenderaan peronda polis (MPV) berkenaan dan menahannya bagi meminta bantuan.

Jelasnya, insiden itu berlaku semasa Inspektor Mat Fauzi, bersama Koperal Shahril dan Koperal Hariz Zulfadli sedang melakukan tugas rondaan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) semalam.

“MPV berkenaan ditahan serta dimaklumkan tentang kecemasan tersebut sebelum bersetuju untuk mengiringi kenderaan dinaiki mereka ke hospital berhampiran.

“Walau bagaimanapun dalam situasi cemas tadi, wanita terbabit selamat melahirkan bayinya di tepi lebuh raya sebelum dibantu ambulans yang tiba kemudian,” katanya lagi.

Baca:

Jenis – jenis ikan untuk kesuburan, sesuai bantu wanita hamil

Percutian ke negara jiran tidak kesampaian, wanita bersyukur dibantu abang uniform iring hingga ke hospital

Lepas rindu nak makan nasi lemak kuning, buat sendiri tak perlu santan pun