Realtime website trackingweb stats

Tanam pokok kunyit kena ada caranya, barulah menjadi dan ubi besar – besar

Oleh NURAIMAN

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara tanam pokok kunyit supaya dapat ubi yang besar-besar yang dikongsikan oleh saudara Tariq Syahman di laman Facebooknya.

Pagi ni saya pindahkan pokok kunyit yang dalam pasu panjang ni ke dalam 2 pasu kecik.

Masa saya keluarkan dia dari pasu tu memang rasa padat akar dalam tu.

Tanam pokok kunyit kena ada caranya, barulah menjadi dan ubi besar - besar

Saya ingat ubi kunyit dia sikit saja.

Tapi bila dah potong fuhhh oren menyilaukan mata warnanya.

Saya cuma ambik kunyit yang jauh dari batang berdaun.

Yang dekat dengan batang tu saya tak usik sebab taknak ganggu pertumbuhan daun dia.

Mula-mula tu saya ingat sikit saja, tapi bila dah cuci semua baru nampak banyak jugak hasil dari pasu sebijik ni.

Alhamdulillah.

Ada yang tanya saya, lambat ke kunyit ni nak jadi ubi.

Sebab selalu tanam, ambik masa yang lama untuk dapat ubi yang saiz cukup besar.

Serius saya pun taktau berapa lama.

Pokok kunyit ni rasanya dah 2 tahun lebih umurnya.

Hidup, mati, lepas tu hidup semula ulang-ulang berapa kali pun saya dah lost count. Hahaha.

Cara mudah tanam kunyit:

  • Beli kunyit yang sudah bertunas dari kedai.
  • Tanam dalam tanah dan siram dengan secukupnya.
  • Kemudian, kunyit akan mengeluarkan akar dan setelah beberapa hari, daun baru akan muncul.
  • Pastikan daun kunyit sentiasa sihat. Jangan risau tentang kunyit dalam tanah.
  • Jika daunnya sihat, in shaa allah ia akan berbuah.
  • Jika daun rosak teruk diserang oleh ulat atau belalang dan tidak ada daun baru yang tumbuh, potong semua daun yang rosak.
  • Nanti kunyit akan mengeluarkan daun baru.
  • Anda boleh menanam kunyit dalam pasu atau di atas tanah.

Saya lebih suka menanam dalam pasu kerana lebih mudah untuk mengeluarkannya.

Anda tidak perlu mengorek, hanya perlu menuangkan sahaja terus isi pasu tersebut.

Baca:

‘Benda nak berlaku sepantas kilat je’ – Pasal ini budak boleh trauma dengan eskalator

“Seolah sokong dan promosikan lagi” – warga maya kecam tindakan influencer rai kemunculan Hot Daddy di rancangan Podcast

Dah kantoi ‘scam’ orang, patutlah ‘haus’ sangat rupanya kumpul tenaga nak lari