Penampilan Alia Bhatt di acara Met Gala menarik perhatian ramai orang ketika dia memilih untuk memakai pakaian tradisional India, yang dikenali sebagai sari, yang panjangnya mencapai tujuh meter.
Dalam acara tersebut, Alia memilih sari berwarna hijau pudina yang telah direka oleh seorang pereka terkenal dari India, Sabyasachi, selaras dengan tema yang ditetapkan oleh penganjur iaitu “The Garden of Time”.
“Kami melihat sejarah lampau dan menjadikan ia panduan untuk masa depan yang menjadi inspirasi untuk menghasilan busana ini.
“Mencipta busana ini merupakan satu pengalaman yang seronok namun amat memberi tekanan.
“Saya berasa berbangga dan teruja memakai hasil ciptaan yang indah,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram.
Di sebalik rancangan yang penuh dengan butiran yang teliti itu, sebenarnya mengambil masa selama 1905 jam untuk diselesaikan oleh mereka yang terlibat dalam rekaan tersebut.
Selain itu, mereka juga dibantu oleh 163 artis dalam proses penghasilan pakaian tersebut.
Untuk makluman, Met Gala merupakan acara tahunan yang diadakan di Muzium Seni Metropolitan New York pada hari Selasa.
Baca:
Ramai persoal boleh ke KJ jadi pelakon, ini komen Erma Fatima
Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 bukti PM Anwar serius bantu rakyat Palestin
Keadaan semasa tak menentu, Selangor FC sah tidak hadir Piala Sumbangsih 2024