Realtime website trackingweb stats

Takhta Raja Pecut Asia kembali menjadi milik Azizulhasni

Oleh ADINDA

Takhta Raja Pecut Asia kembali menjadi milik Azizulhasni. Mahkota Raja Pecut Asia bagaikan ‘sirih pulang ke ganggang’ apabila kembali menjadi milik The Pocket Rocketman selepas terlepas gelaran tersebut beberapa kali.

DATUK Azizulhasni Awang membuktikan kewibawaannya dengan merampas semula pingat emas acara pecut individu elit lelaki Kejohanan Lumba Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.

Azizulhasni mengangkat tayarnya sebaik mencecah garisan penamat di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, itu bagi mengulangi kejayaan edisi 2020 di Korea Selatan apabila mengetepikan pelumba Jepun, Kaiya Ota 2-0, di pentas final sebentar tadi.

Takhta Raja Pecut Asia kembali menjadi milik Azizulhasni. Mahkota Raja Pecut Asia bagaikan 'sirih pulang ke ganggang' apabila kembali menjadi milik The Pocket Rocketman selepas terlepas gelaran tersebut beberapa kali.

The Pocket Rocketman yang mengatasi seorang lagi pelumba Jepun, Kento Yamasaki, 2-0 dalam separuh akhir dengan merakamkan kayuhan bertenaga 9.523s, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan 9.548s yang dilakukannya dalam Kejohanan Dunia 2020 di Jerman.