Realtime website trackingweb stats

Tak semua orang mampu buat macam Roy Azman dengan Jalaluddin Hassan ini, ramai terharu

Oleh ADINDA

Tak semua orang mampu buat macam Roy Azman dengan Jalaluddin Hassan ini, ramai terharu.

Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan kini sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Rabu lalu disebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing.

Roz Azman Pimpin Tangan Tok Jalal Di Hospital

Terkini, pelakon Roy Azman menerusi video yang dikongsikan oleh isterinya, Fyda Razali di TikTok, memaparkan mereka berdua berpimpin tangan membawa Jalaluddin Hassan kembali ke wad di hospital.

“Mereka bertemu. Sweet ni. Moga cepat sembuh Tok Jalal.”-kapsyen Fyda di TikTok

@fydaprincess #royazmanfamily #projekbapakbapaktravelawak ♬ Pok Pok Bujang Lapok – Tan Sri P. Ramlee

“Kasih Sayang Sahabat…”

Perkongsian isteri Roy Azman di TikTok turut dibanjiri dengan doa buat Datuk Jalaluddin Hassan agar diberikan kesembuhan dengan cepat. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat keakraban Roy Azman dengan Jalaluddin Hassan sejak digandingkan bersama dalam program Projek Bapa-Bapa dan Mega Spontan 2023.

“Geng bapak-bapak ni sweet la. Kasih sayang diorang nampak ikhlas sangat 🥰🥰.”

“Best pren ziarah.”

“Mana boleh tinggal ni. Geng bagi satu ward dengar depa gelak 😂😂😂.”

Semoga Datuk Jalaluddin Hassan cepat sembuh.”

“Kasih sayang sahabat semoga cepat sembuh Tok Jalal..Aamin.”

“Gaduh pun ni, membahan pun ni, gelak pun ni. Ni la baru dipanggil sahabat.”

“Baiknya dia menziarah kawan dia. Suka tengok dua orang ni lawak.”

Dipetik dari laporan Berita Harian, Datuk Jalaluddin Hassan menyatakan bahawa keadaannya kini semakin pulih, serta berada di bawah pemantauan pihak doktor yang melakukan beberapa prosedur rawatan lanjut.

Moga cepat sembuh Tok Jalal!