Membuat telur yang elok dan tidak pecah semasa memasak adalah impian setiap orang yang gemar berdapur.
Telur merupakan bahan makanan asas yang sering digunakan dalam pelbagai hidangan.
Dalam artikel ini, kita akan mengetahui beberapa petua praktikal yang dapat memastikan telur kita kekal elok dan tidak pecah semasa masak.
Penggunaan teknik-teknik tertentu dapat membuat perbezaan yang ketara, terutamanya bagi mereka yang sering mengalami masalah telur pecah semasa proses memasak.
Dengan sedikit pengetahuan tambahan, anda boleh meningkatkan kemahiran semasa proses memasak telur dan menikmati hasil masakan yang lebih memuaskan.
Selain dari memasak ikan dan ayam, masakan lemak telur juga menjadi pilihan yang popular.
Lazimnya, kita menggunakan telur itik agar tekstur telur menjadi padat dan elok.
Tetapi ada juga yang telah mencuba menggunakan telur itik atau telur ayam tetapi tetap tidak mejadi, iaitu telur pecah semasa dimasak dalam gulai.
Sebenarnya, terdapat beberapa tip atau petua yang boleh kita praktikkan untuk memastikan telur yang digunakan dalam hidangan berkuah ini kekal elok dan tidak pecah semasa proses memasak.
Petua masak lemak telur
Hari ini saya masak lemak telur, tapi tak ada telur itik, jadi saya guna telur ayam.
Saya nak kongsi tips tentang cara memasak telur agar tidak pecah ketika masak.
Caranya guna cuka sikit:
1. Panaskan air sehingga separuh periuk atau kira-kira mencukupi untuk menyelamkan telur.
2. Selepas itu, campurkan 4 sudu cuka ke dalam air yang telah dipanaskan.
3. Apabila air mendidih, pecahkan telur satu per satu ke dalam air. Biarkan masak. Cuka berperanan untuk mengelak telur daripada pecah.
4. Telur akan menjadi bentuk bulat atau bujur apabila masak. Setelah itu, toskan air dan letakkan telur dalam kuah sos kuning yang sudah dimasak.
Semoga Bermanfaat
Baca:
Tengah banjir pun lelaki tua ini buat perangai, mengejutkan bukan seorang budak jadi mangsa
Beli tiket lebih RM3,000 tapi kena sidai luar stadium, ‘scammer’ konsert Coldplay kaut RM70,000