Realtime website trackingweb stats

Tak sangka memang betul ada yang turun dari ‘kayangan’, pemilik kedai makan ini mulanya sangka hanya bergurau

Oleh ADINDA

Lumrah sekarang apabila orang banyak duit dipanggil jenis ‘kayangan’ tetapi seorang pemilik kedai makan di Langkawi ini memang tak sangka ada pelanggannya datang dengan menaiki helikopter.

Mulanya, pemilik Dangau Langkawi, Mohd. Zaidi Abu Hassan, 40, memberitahu, dia menerima panggilan daripada seorang individu yang disangkakan hanya bergurau untuk berkunjung ke kedainya dengan helikopter.

“Pada mulanya saya beritahu individu tersebut bahawa kawasan kedai saya tidak mempunyai tempat pendaratan dan dia ada bertanya sekiranya ada tanah kosong luas yang berhampiran.

“Saya beritahu memang ada tanah kosong dan mereka minta gambar kawasan tersebut sebelum memaklumkan akan tiba dalam tempoh 20 minit,” katanya, lapor Kosmo.

Ketibaan helikopter itu juga pastinya kejutan buat penduduk setempat di Kampung Mawat, Ulu Melaka di Langkawi semalam.

Tak sangka memang betul ada yang turun dari kayangan pemilik kedai makan ini mulanya sangka hanya bergurau

Terdahulu, Mohd. Zaidi memuat naik video berdurasi lebih satu minit memaparkan sebuah helikopter dinaiki beberapa individu sedang mendarat berhampiran kedainya.

Katanya, pelanggan terbabit tiba dengan helikopter kira-kira pukul 2 petang dan meluangkan masa selama sejam untuk menikmati makanan tengah hari di kedainya.

“Mungkin mereka tertarik dengan cara hidangan tradisional Melayu di YouTube atau TikTok saya yang membuatkan mereka ingin datang ke Dangau Langkawi.

“Namun, cara mereka datang kita katakan cara kayangan,” ujarnya.

Tambahnya, kira-kira tujuh individu menaiki helikopter tersebut termasuk juruterbang, selain dua buah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire yang membawa kenalan mereka turut serta makan di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan pergerakan helikopter tersebut ke lokasi itu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

“Penerbangan dan pendaratan tersebut dalam pengetahuan dan kebenaran kawalan trafik udara (ATC) Langkawi,” ujarnya.

Baca:

Ayam baru beli jadi kurang segar? Ini tips mudah kekalkan kesegaran, no 7 paling penting

Tips bercuti ke Pulau Perhentian, ini senarai 6 barangan wajib bawa, nombor 4 tu kalau tiada memang payah nak tidur lena

Makanan selalu tumpah dalam ‘oven’? Ini petua cegahnya