Realtime website trackingweb stats

Tak sangka memang ada orang jual karipap oksigen, rupanya ramai tak makan inti

Oleh FATIN AQILAH

Tindakan seorang peniaga yang berterus-terang beritahu jual karipap ‘oksigen’ menarik perhatian warganet. Karipap tanpa inti itu pula rupanya ramai juga yang suka.

Boleh didapati di Kampung Sungai Tua Bahru dekat Batu Caves, Selangor, seorang peniaga meletak sedikit gula di dalamnya supaya tidaklah terasa terlalu tawar.

Kreativiti peniaga berkenaan mendapat sambutan dan pujian memandangkan sikapnya yang jujur menjual karipap ‘oksigen’ dengan harga hanya 30 sen.

Dari mana peniaga itu mendapat idea untuk jual karipap oksigen? Katanya, idea itu muncul apabila terdapat banyak lebihan kulit karipap semasa berniaga. Anaknya pun tidak gemar memakan inti.

@abucarimakan Tak sangka ada orang jual Karipap Oksigen 😀😀 Memang ada sambutan Karipap Oksigen ni sesuai la utk budak-budak @ orang tua yg tak suka makan inti boleh cuba memang penuh oksigen dia bagi 👍👍 ✅ @hanibonbon ♬ bunyi asal – abucarimakan

“Lepas itu, saya cuba jual. Alhamdulillah letak je habis. Memang ada permintaan, sampai ada orang minta buat ‘frozen’,” katanya menerusi video tular di TikTok @abucarimakan.

Setakat ini, video tersebut mendapat 1.2 juta tontonan dengan lebih 31,000 tanda suka dan menerima lebih 2,500 komentar.

Ramai memuji strategi peniaga itu yang kreatif buat lain daripada yang lain selain berseloroh dengan mencadangkan agar menghasilkan karipap jenis gas lain.

“Minat karipap tiada inti ni.

“Ini definisi tukar kelemahan jadi kelebihan. Betul-betul otak bisnes.

“Memang betul kreatif.

“Lepas ni mohon pelbagaikan perisa, karipap karbon dioksida dan karipap helium,” usik netizen lain.

Baca:

Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan

Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia

Anak baru keluar 3 bulan, isteri bagitahu mengandung lagi, reaksi suami buat netizen terhibur