Ramai tak sangka ‘kek megi’ yang diolah menggunakan mi segera sebagai bahan utama bagi menggantikan tepung gandum rupanya amat menyelerakan.
Malah, pakar buat roti (baker) pun meluahkan rasa kagum dengan resepi istimewa yang difahamkan bermula dari Sarawak itu.
Rata-rata mengakui bahawa itu kali pertama mereka melihat kejadian ‘kek megi’ seperti dikongsi di laman TikTok, @annyssazlan.
Katanya, itu merupakan resepi asal ibu mertuanya yang berasal dari Kuching.
Bahkan, dia sendiri memberitahu kali pertama merasainya ialah selepas berkahwin dengan orang di Borneo itu.
“Sejak masuk keluarga mertua (Sarawakian), macam-macam jenis kek pelik-pelik sis belajar makan tau, tapi ini kek paling pelik, yang sis paling suka.
“Mi segera digunakan sebagai pengganti tepung, buat adunan kek macam biasa, kemudian kukus sehingga empat jam dan bakar dalam oven (ketuhar) untuk 10 hingga ke 15 minit,” ujarnya dalam satu video.
Selain itu, adunan kek megi itu hanya menggunakan mi segera yang telah dibiarkan lembut sebelum diadun dengan pelbagai bahan lain seperti kismis dan buah-buahan kering.
“Saya orang Sarawak dan saya tak pernah tahu tentang ‘kek megi’ ni,” komen Virgo.
“Suruh mak mertua awak kongsi resepi sis. Saya orang Sarawak baru pertama kali dengar tentang ‘kek megi’ ni,” ujar Fateenbakeri.
“Saya kagum. Dah 14 tahun jadi baker, ni pertama kali baru tahu ada kek diperbuat daripada megi (mi segera), nampak sedap kek ni,” kata Rafidah Zainun pula.
Baca:
Terungkai dah ‘misteri’ dalam hidup, ini cara mudah elak hos atau kabel berbelit
Nak datang ‘mood’ kemas rumah boleh ikuti formula ini, kongsi dengan pasangan, baru lapang rumah