Lazimnya ramai akan simpati kalau menonton video orang yang terpaksa mencari rezeki menggunakan tulang empat kerat.
Namun, lain reaksinya apabila video pemuda kalih compressor aircond ini dihujani kecaman gara-gara mengabaikan cara kerja yang selamat.
Rata-rata menganggap lelaki berkenaan mengundang bahaya apabila menggunakan tangga tanpa ‘stopper’ malah hanya memakai selipar.
Dia dibimbangi bila-bila masa sahaja akan tergelincir dari tangga selain risiko slipped disc di tulang belakang.
“Buat kerja tiada ciri keselamatan. Masa belajar, cikgu suruh pakai selipar ke? Jangan macam tu. Fikir-fikirlah.
“Jangan sampai kena slip dics. Masa ni baru ingat kata mak bapak dulu, suruh belajar pandai pandai kalau nak kerja senang… menyesal sekarang takde guna.
“Beban kau dengan benda tu (compressor aircond) boleh menyebabkan tangga tu menggelongsor. Jatuh baru cerdik kot. Kasut tak pakai. Cara pun tak kena merosakkan badan merisikokan kemalangan.
“Pakailah safety boot. Kalau jatuh, lepas tu terlantar dah satu hal nak kena jaga kau seumur hidup pulak.
“Dengan pakai sandal, tangga takde stoper… kena hempap dengan compressor leper jari. Kalau tangga melorot kena hempap patah tanga… kejar nak buat video,” demikian antara kritikan warganet.
Baca:
Terbeli makanan basi di bazar, pengadu buat aduan ke JKNJ
Patutlah penjawat awam tidak dapat bonus Aidilfitri, rupanya…
Tragis! Anak maut dari tingkat 16, ibu tak sempat capai sebelum jatuh