‘Tak perlu sampai menabung, pendapatan stabil hasil jual beli hartanah’ – Pengakuan suami 3 isteri ini mengagumkan

Oleh HADI KAMARUDIN

Kisah Mohd Safuan Abd Rahman yang mempunyai 3 isteri mengagumkan buat para lelaki di luar sana terutamanya apabila dia mengaku tak perlu sampai menabung kerana pendapatan stabil hasil jual beli hartanah.

Lelaki berasal Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan kini menetap di Seksyen 4, Bangi itu pendapatannya mencukupi walaupun ahli keluarganya ramai.

Mempunyai 9 anak, Safuan yang merupakan ketua kumpulan jualan sebuah syarikat hartanah itu membelikan setiap isteri dan anak dengan pakaian baru tanpa pilih kasih.

 'Tak perlu sampai menabung, pendapatan stabil hasil jual beli hartanah' - Pengakuan suami 3 isteri ini mengagumkan

Tahun lalu, katanya, dia masih ada dua isteri tetapi sekarang sudah ada tiga dengan pasangan terbarunya, Nurnajiha Khalidi, 27, hamil lapan bulan.

Bagi sambutan Aidilfitri tahun ini, Safuan memberitahu dia sudah membeli keperluan raya untuk semua anak dan isteri supaya tidak kalut serta menghabiskan lebih RM3,000 tahun ini untuk pakaian saja.

“Cuma, nak tak nak memang kena sediakan duit lebih berbanding hari biasa kerana sambut raya setahun sekali.

“Tahun lepas, isteri pergi berbelanja sendiri namun tahun ini, kami semua pergi bersama kerana ada sesi fotografi selepas membeli-belah.

“Memandangkan anak saya ramai, jadi ada masalah juga nak cari saiz juga corak yang sama, jadi tak sedondon dengan semua kerana baju raya itu bukan ditempah. Tapi warnanya kami beli lebih kurang sama.

“Setiap seorang (isteri dan anak) dapat sepasang baju dan semuanya dibeli di tempat yang sama iaitu dekat sebuah gedung tekstil,” katanya, lapor Harian Metro.

Rata-rata netizen terutamanya kaum Hawa tidak pula meninggalkan komentar berbaur kecaman.

Malah, ramai yang memuji kerana lelaki berkenaan bersikap adil kepada ketiga-tiga isterinya.

Ada juga yang perasan wajah tiga suri hati Safuan itu memiliki rupa paras yang seiras sekaligus menyifatkan mereka memang mempunyai jodoh.

@hmetromy Ketika suami lain ‘berhabis’ wang untuk membeli keperluan keluarga menjelang Aidilfitri, Mohd Safuan Abd Rahman juga tidak terkecuali malah perlu berbelanja lebih lagi kerana memiliki tiga isteri dan sembilan anak. #BeritaTikTok ♬ original sound – Harian Metro

Baca:

Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta

3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…