Realtime website trackingweb stats

Tak perlu risau dah tanggung hutang lepas pencen, ini cara cepat selesaikan loan rumah

Oleh NURAIMAN

Ramai risau nak buat bayaran balik loan perumahan 30 tahun tetapi tidak bagi mereka yang tahu cara cepat untuk melunaskan hutang rumah.

Apabila kita membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kita membayar dua perkara iaitu bayaran prinsipal atau pokok dan keduanya, bayaran faedah (interest) yang dikenakan ke atas pembeli oleh pihak bank.

Oleh itu, untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan, setiap enam bulan sekali, kita boleh mengambil langkah dengan membayar secara pukal pinjaman prinsipal sepenuhnya kepada bank.

Tak perlu risau dah tanggung hutang lepas pencen, ini cara cepat selesaikan loan rumah

Dengan cara beginilah kita dapat pendekkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun itu.

Ikuti perkongsian Riyan Azer mengenai teknik untuk membebaskan diri daripada terus menjadi hamba hutang rumah walaupun uban penuh di kepala:

Alhamdulillah. Ini tahun kedua saya bayar prinsipal pembiayaan rumah.

Pembiayaan atau loan. Aku sebut pembiayaan sebab aku pilih pinjaman secara Islamik.

Kalau masih ada yang tak tahu. Kita sebenarnya boleh langsaikan cepat loan rumah dengan buat bayaran prinsipal.

Buat bayaran lebih setiap bulan atau bayar lebih setiap tahun. Macam saya lebih selesa buat bayaran lebih setiap tahun.

Senang simpan 1 resit saja 1 tahun. Senang buat rekod.

Caranya: Pergi saja di kaunter bank. Beritahu mahu bayar prinsipal loan rumah. Boleh bayar cash atau tolak dari akaun bank.

Tapi ikut jenis loan rumah juga ya. Hanya jenis loan semi-flexi dan full-flexi saja yang boleh bayar ekstra ini.

Bagusnya bayar prinsipal ni sebab:

1. Dapat selesaikan loan rumah lebih awal. Contoh: tempoh loan 30 tahun dapat selesai 20 tahun saja.

2. Dapat kurangkan bayaran faedah pinjaman. Ini paling sakit hati kalau tengok. Bayar tiap bulan tapi loan tidak berkurang, rupanya banyak bayar faedah saja. Kalau bayar prinsipal, nah terus kurang jumlah loan.

3. Dapat hidup tenang sebab tiada hutang di usia-usia tua.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk pejuang rumah atas nama sendiri.

Nota: Setiap pembiayaan/ pinjaman orang berbeza-beza. Jadi, jumlah bayaran prinsipal yang sepatutnya dan cara bayaran boleh rujuk LO/ loan agreement anda atau banker masing-masing.

Baca:

Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya