Realtime website trackingweb stats

Tak perlu beratur, peniaga hanya ‘research’ mengenai IPR dan cara nak mohon

Oleh NURAIMAN

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah usaha kerajaan melalui Kementerian Ekonomi untuk membantu golongan miskin tegar sejak 2023.

Bernama melaporkan RM750 juta telah diperuntukkan pada tahun lepas untuk program ini, membantu kira-kira 130,000 golongan terbabit.

Peserta ditetapkan untuk mencapai pendapatan RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan.

Melalui program IPR dalam kategori Usahawan Makanan (INSAN), mereka menawarkan peluang berniaga menggunakan mesin layan diri. Inisiatif ini berjaya membantu orang ramai, beberapa mampu menghasilkan pendapatan bulanan melebihi RM15,000.

Objektif IPR

Tak perlu beratur, peniaga hanya 'research' mengenai IPR dan cara nak mohon

Tujuan IPR adalah untuk meningkatkan pendapatan keluarga yang kurang berkemampuan serta kumpulan B40, dan juga untuk menangani masalah kewangan harian mereka.

Terdapat tiga kategori insiatif yang ditawarkan di bawah IPR iaitu Usahawan Tani, Usahawan Makanan serta Operator Perkhidmatan.

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

  • Pengusaha mesin menjual layan diri (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Cara memohon IPR, termasuk berniaga menggunakan mesin layan diri

Anda boleh memohon untuk menyertai program IPR dengan mudah.

Pertama, melayari laman sesawang IPR di https://ipr.epu.gov.my/sign_up.

Kemudian, lengkapkan pendaftaran akaun dan sahkan melalui emel. Setelah itu, log masuk ke akaun dan isi permohonan dengan butiran yang.

Baca:

Caprice nak jumpa depan-depan lelaki ini, apa kes tu?

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini