Realtime website trackingweb stats

Tak perasan pun dah ‘kena’, bangun dari sujud badan macam tak seimbang, penyakit ini jangan dipandang remeh

Oleh FATIN AQILAH

Ramai sebenarnya tak perasan pun diri sudah menghidap penyakit darah tinggi.

Walaupun, badan sudah ‘memberitahu’ diri sudah kena darah tinggi tetapi akal lazimnya sukar untuk menelaah tubuh sudah berpenyakit.

Jika anda bangun dari tidur Subuh hari rasa kepala sangat-sangat sakit, maka berwaspadalah.

Tak perasan pun dah 'kena', bangun dari sujud badan macam tak seimbang, penyakit ini jangan dipandang remeh

Begitu juga, bangkit dari sujud semasa solat pun, badan rasa nak tumbang, bersegeralah periksa tekanan darah anda.

Sebabnya, darah tinggi yang teramat tinggi tanpa cepat dirawat akan mengakibatkan serangan angin ahmar atau strok.

Jadi, eloknya buat pemeriksaan kendiri tekanan darah di rumah.

Catatkan bacaannya. Buat tiga kali dalam seminggu. Rujuk doktor dengan segera jika bacaan ‘bp’ itu tinggi berterusan.

Paling penting, makan ubat dan rehat secukupnya.

Kena darah tinggi ini amat dibimbangi ialah risiko kena strok sekiranya naik mendadak terlampau tinggi kerana boleh mengakibatkn perdarahan dalam otak.

Ikuti tulisan Hasnull Ahmad yang meraih lebih 46,000 tanda ‘like’ dan lebih 2,300 komentar ini.

Beliau berkongsikan pengalamannya diserang penyakit darah tinggi yang teramat tinggi:

NGERI BILA TAK PERASAN KENA DARAH TINGGI

Masa saya kena darah tinggi hari itu, saya sebenarnya tak perasan pun.

Dan saya rasa hampir semua orang begitu. Tak tahu dia kena serangan darah tinggi.
Ya, saya yakin.

“Hana, urut kepala abang kejap,” ujarku kepada isteri.

Banyak hari dah rasa macam ni. Setiap pagi bangun, rasa sakit sangat-sangat kepala.

Seolah-olah rambut dicekak, dan disentak sekuatnya dari belakang berkali-kali.

Lepas urut 5 hingga 10 minit, lega. Esok jadi lagi. Hampir seminggu juga.

Masa itu, saya tak perasan lagi. Daif betul.

Kemudian apabila solat, masa nak naik dari sujud nak ke rakaat seterusnya, saya rasa badan macam tak seimbang. Macam pening-pening lalat sikit.

Saya rasa macam… ohhh, ni sebab tak cukup tidur kot. Yelah tidur jam 1-2 pagi memanjang.

Tapi keadaan saya tak setakat itu saja.

Tiba-tiba saya kena serangan asma selepas terkena hujan semalaman.

Saya agak sensitif sedikit dengan hujan. Macam biasa, saya gunakan inhaler yang memang sentiasa standby.

Biasanya, kalau guna inhaler tu, sehari saja elok dah. Tapi ini masuk hari ketigah, tak mahu elok pula asma ni.

Terus saya ke klinik pasal tak tahan dah serangan asma, semput.

Doktor syak saya positif sebab pandemik Covid-19, tapi rupanya tidak. Keputusan negatif. Kemudian, doktor check tekanan darah.

Ambik kau! 225/165! (check semula bacaan asal) Kelam kabut doktor di klinik beri makan ubat supaya tekanan turun, sambil dia buat surat refer ke wad kecemasan.

Selepas setengah jam, darah saya turun jadi 179/101. Masih tinggi! Doktor suruh saya segera ke kecemasan hospital dan warded. Risau takut saya kena strok.

Seminggu saya di hospital, macam-macam ubat saya kena telan. Siap pakej nebulizer setiap hari high dose sampai lembik dibuatnya.

Tak terdaya. Tangan tak larat nak angkat. Nak balikkan badan pun tak mampu.

Jika saya pergi dulu…

Yang terbayang di mata saya, kalau saya ‘pergi dulu’, bagaimanalah agaknya saya di sana.

Banyak dosa lagi aku ni. Anak-anak aku macam mana? Si kakak dua orang tu, si adik lelaki seorang, dan seorang bayi perempuan.

Hutang piutang aku banyak lagi. Takkan isteri aku kena keluar bekerja untuk tanggung anak seramai 4 orang tu?

Allahuakbar. Bagaimanalah nanti mereka nak membesar dengan serba kekurangan?

Meminta-minta dengan orang akibat kesusahan hidup tanpa ayah.

Mengalir laju air mata aku. Allahuakbar.

Aku rasakan dunia ni gelap, sepi. Namun aku harus kuat.

Aku berdoa sekuatnya, untuk segera sembuh. Aku berazam, akan cari penawar darah tinggi.

Baca:

Penduduk nampak satu ‘objek’, rupanya sosok wanita jatuh bangunan dipercayai ditolak kekasih

Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’